Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Yayasan SBF serah cek lebih $6j kepada Dana 100 Tahun LKY

Nov 29, 2023 | 4:32 PM
USAHA BERSAMA: Cek bernilai $6.196 juta telah disampaikan oleh Timbalan Pengerusi Yayasan Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF), Cik Janet Ang (tiga dari kiri), kepada Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing (empat dari kanan), sambil disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong (lima dari kiri), pada Selasa di The Ritz-Carlton, Millenia Singapore sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-10 Yayasan SBF.
USAHA BERSAMA: Cek bernilai $6.196 juta telah disampaikan oleh Timbalan Pengerusi Yayasan Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF), Cik Janet Ang (tiga dari kiri), kepada Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing (empat dari kanan), sambil disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong (lima dari kiri), pada Selasa di The Ritz-Carlton, Millenia Singapore sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-10 Yayasan SBF. - Foto SBF

Bagi memaparkan usaha solidariti di kalangan yayasan dan perniagaan tempatan, sekeping cek bernilai $6.196 juta telah diberikan kepada Dana 100 Tahun Lee Kuan Yew (The Lee Kuan Yew Centennial Fund) oleh Yayasan Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF).

Cek tersebut, yang disampaikan oleh Timbalan Pengerusi Yayasan SBF, Cik Janet Ang, kepada Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, pada Selasa di The Ritz-Carlton, Millenia Singapore sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-10 Yayasan SBF.

“Yayasan SBF telah banyak menyumbang dalam tempoh 10 tahun lalu, memajukan budaya pemberian korporat dan menyumbang kepada banyak usaha di Singapura. Saya yakin Yayasan SBF akan terus memainkan peranan penting dalam menyatukan perniagaan untuk memberi kembali kepada masyarakat.

“Untuk negara kita kekal kukuh dan bersatu, semua orang memainkan peranan penting. Bukan sahaja pemerintah, tetapi juga majikan, pekerja dan perniagaan. Kami berharap dapat bekerjasama dengan anda semua untuk menulis bab seterusnya bagi Kisah Singapura, dan untuk meneruskan perjalanan pembinaan negara bersama-sama,” kata Encik Wong.

Dana yang dikumpul itu adalah hasil sumbangan bersama oleh SBF bersama Dewan Perniagaan Amerika, Dewan Perniagaan British, Persatuan Perusahaan China, Dewan Perniagaan Eropah, Dewan Perniagaan Antarabangsa Singapura, Yayasan SBF dan beberapa perniagaan tempatan.

Encik Wong juga menyertai perbicangan dalam sesi dialog yang dikendalikan oleh Cik Lee Sze Yeng, Rakan Kongsi Urusan, KPMG Singapura & Pengarah Lembaga SBF Foundation, semasa majlis makan malam gala yang dihadiri lebih 600 tetamu.

“Perniagaan perlu mewujudkan peluang untuk pekerja melibatkan diri dalam usaha-usaha lain di luar syarikat sendiri. Terdapat keperluan mendesak untuk memberi kembali dan menggunakan kemahiran kita untuk menyumbang kepada masyarakat.

“Adalah penting untuk memupuk budaya kedermawanan, sokongan masyarakat, dan memberi kembali; sama ada melalui inisiatif swasta atau awam atau usaha bersama seperti yang diperjuangkan oleh Yayasan SBF. Mereka yang memperoleh kehidupan yang baik harus bantu meningkat orang lain supaya kita boleh maju bersama-sama,” kata Encik Wong.

Semasa acara itu, satu Memorandum Persefahaman (MoU) turut ditandatangani antara SBF dan Pusat Sukarelawan dan Dermawan Nasional (NVPC) yang bertujuan mempromosikan masyarakat perniagaan yang didorong oleh tujuan korporat untuk impak sosial.

SBF juga mengumumkan satu inisiatif baru yang dinamakan Inisiatif Tujuan Korporat dan juga telah melancarkan Meja Bulat Tujuan Korporat dengan penderma dan rakan kongsi strategik untuk menyediakan platform bagi perniagaan berkumpul dan meluaskan program baru dan sedia ada yang boleh menangani jurang di dalam masyarakat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg