Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Yayasan Temasek tawar ubat kumur percuma kepada setiap isi rumah

Oct 22, 2021 | 5:30 AM
CECAIR KUMURAN PERCUMA: Mulai hari Isnin hingga 19 November, sebotol ubat kumur kecil akan diagihkan ke kotak surat semua flat satu hingga empat bilik HDB. - Foto YAYASAN TEMASEK
CECAIR KUMURAN PERCUMA: Mulai hari Isnin hingga 19 November, sebotol ubat kumur kecil akan diagihkan ke kotak surat semua flat satu hingga empat bilik HDB. - Foto YAYASAN TEMASEK -

SETIAP isi rumah kini boleh mendaftarkan minat mereka untuk mendapatkan sebotol ubat kumur StayWell mulai 15 November, kata Yayasan Temasek semalam.

Ubat kumur povidone-yodium, yang membunuh kuman yang menyebabkan sakit tekak, akan diedarkan di bawah inisiatif Stay Prepared yayasan itu, yang bertujuan untuk mengurangkan penyebaran penyakit.

Menurut laporan The Straits Times, isi rumah yang berminat untuk mendapatkannya boleh mendaftar di https://bit.ly/3E5E7qB untuk mengumpul sebotol ubat kumur 250ml dan cawan pengukur 25ml.

Tempoh pendaftaran akan berlangsung pada 15 November hingga 10 Disember.

Isi rumah yang telah mendaftar juga boleh mendapatkan ubat kumur itu di tempat pengambilan pilihan mereka dari 22 November hingga 12 Disember, tertakluk pada stok yang ada.

Sekiranya permintaan melebihi jangkaan, pengedaran kedua mungkin akan diadakan selepas tempoh Tahun Baru Cina Februari tahun depan, kata Yayasan Temasek.

Selain itu, mulai 25 Oktober hingga 19 November, sebotol ubat kumur yang lebih kecil akan diagihkan ke peti surat semua flat satu hingga empat bilik Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).

Tiada tindakan yang diperlukan dari isi rumah yang layak untuk menerima sebotol ubat kumur 125ml itu.

Penduduk boleh berkumur dua hingga empat kali sehari jika mereka mengalami sakit tekak, atau untuk kebersihan mulut secara umum.

Inisiatif terbaru oleh Yayasan Temasek itu menyusuli pengagihan pelitup, sanitiser tangan dan oksimeter sepanjang 18 bulan lalu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg