Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ye Kung 'kembali' ke Bangunan PSA untuk mula bertugas di MOT

Jul 28, 2020 | 9:54 PM
TAKLIMAT DI KEMENTERIAN PENGANGKUTAN: Menteri Pengangkutan, Encik Ong Ye Kung (duduk tiga dari kanan) memulakan tugas barunya dengan pelbagai sesi taklimat yang panjang. - Foto-foto FACEBOOK ONG YE KUNG
TAKLIMAT DI KEMENTERIAN PENGANGKUTAN: Menteri Pengangkutan, Encik Ong Ye Kung (duduk tiga dari kanan) memulakan tugas barunya dengan pelbagai sesi taklimat yang panjang. - Foto-foto FACEBOOK ONG YE KUNG -

SUASANA sekeliling Bangunan PSA kian cantik dipandang mata tetapi pejabatnya kekal sama buat Menteri Pengangkutan, Encik Ong Ye Kung.

Inilah pengamatannya apabila memulakan tugas portfolio barunya itu dengan kembali ke Bangunan PSA, tempat beliau mencari rezeki sebagai kakitangan awam muda suatu ketika dahulu. Pada ketika itu, Encik Ong merupakan Pengarah/Timbalan Pengarah di Kementerian Perhubungan (MinCom) selama lima tahun.

MinCom merupakan nama asal Kementerian Pengangkutan apabila ia mula dibentuk pada 16 April 1968. Beberapa perubahan nama dilalui sebelum ia dikenali sebagai Kementerian Pengangkutan pada 23 November 2001.

Menulis pengamatannya di Facebook, Encik Ong, 50 tahun, berkata:

"Hari ini adalah hari pertama saya kembali bertugas di sini (Bangunan PSA). Sekitarannya kini lebih cantik tetapi pejabatnya kekal seperti biasa!

"Hari ini sarat dengan sesi taklimat. Taklimat terakhir diberi oleh Jabatan Komunikasi Korporat. Ada sesuatu tentang Jabatan Komunikasi Korporat ini. Mereka sentiasa membawa makanan bersama."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg