Topik diikuti
Pergi ke BHkuYishun jadi tumpuan, jejak warisan kawasan kejiranan
Yishun jadi tumpuan, jejak warisan kawasan kejiranan
Sekitar 20 peserta menerokai sejarah tempatan, makanan warisan dan tempat menarik di sekitar kawasan kejiranan Yishun sempena sesi sulung ‘Cabinet of Curiosities: Yishun Heritage Trail’, anjuran Persekutuan Persatuan Pedagang Singapura (FMAS) pada 3 Oktober.
Jejak Kejiranan atau Heartland Trails merupakan inisiatif selama tiga tahun yang bertujuan menjadikan kawasan kejiranan di Singapura sebagai destinasi tersendiri.
Ia dianjurkan FMAS dengan kerjasama Hidden Heritage Collective, syarikat pemula bidang kebudayaan dan penceritaan yang menganjurkan lawatan berjalan kaki berpandu, program pembelajaran serta penyelidikan warisan, dan disokong oleh Persatuan Pedagang Yishun Central.
Sesi tersebut turut dihadiri tetamu terhormat, Setiausaha Parlimen Kanan (Kemampanan dan Sekitaran merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Cik Goh Hanyan, yang juga Anggota Parlimen (AP) GRC Nee Soon (Nee Soon Central).