YouTuber Dee Kosh disabit bersalah tawarkan $2,000 kepada budak lelaki bagi khidmat seksual
YouTuber Dee Kosh disabit bersalah tawarkan $2,000 kepada budak lelaki bagi khidmat seksual
PEMBUAT kandungan dalam talian atau YouTuber popular, Darryl Ian Koshy, atau lebih dikenali sebagai Dee Kosh, yang menawarkan wang tunai kepada seorang budak lelaki di bawah usia 18 tahun untuk mendapatkan khidmat seksual telah disabit kesalahan pada Isnin (30 Mei). Lelaki berusia 33 tahun itu mengaku bersalah berkaitan satu tuduhan itu dan juga mengaku bersalah atas tuduhan lain di bawah Akta Kanak-Kanak dan Remaja bagi percubaan eksploitasi seksual terhadap seorang remaja.
Dia juga mengaku bersalah atas satu tuduhan di bawah Akta Filem kerana membuat filem lucah. Dia telah merakamkan dirinya antara 2017 dan 2020 yang terlibat dalam aksi seksual bersama seorang lelaki berusia antara 23 dan 25 tahun.
Sementara itu empat tuduhan lain akan diambil kira apabila hukuman dijatuhkan kelak. Dee Kosh diarah menjalani pemeriksaan perubatan di Institut Kesihatan Mental (IMH) sebelum hukuman dijatuhkan.

