SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

'YouTuber' Preetipls dan Subhas diberi amaran bersyarat oleh polis

'YouTuber' Preetipls dan Subhas diberi amaran bersyarat oleh polis

Aug 14, 2019 | 2:43 PM

'YouTuber' Preetipls dan Subhas diberi amaran bersyarat oleh polis

DIBERI AMARAN BERSYARAT: Video rap terbitan pasangan adik-beradik Preeti (kiri) dan Subhas (kanan) telah menarik perhatian ramai kerana dikatakan mengandungi kandungan yang menyinggung perasaan. Mereka diberi amaran bersyarat selama 24 bulan oleh pihak polis hari ini. -Foto FAIL ST, INSTAGRAM SUBHASMUSIC.
DIBERI AMARAN BERSYARAT: Video rap terbitan pasangan adik-beradik Preeti (kiri) dan Subhas (kanan) telah menarik perhatian ramai kerana dikatakan mengandungi kandungan yang menyinggung perasaan. Mereka diberi amaran bersyarat selama 24 bulan oleh pihak polis hari ini. -Foto FAIL ST, INSTAGRAM SUBHASMUSIC. -

PASANGAN adik-beradik YouTuber tempatan Preeti Nair dan Subhas diberi amaran bersyarat hari ini (Rabu, 14 Ogos) atas video rap kontroversial mereka yang dibuat sebagai tindak balas pada iklan "brownface".

Dalam satu kenyataan hari ini, pihak polis berkata mereka telah tamat siasatan mereka berkaitan video tersebut, yang dikatakan mengandungi kandungan yang menyinggung perasaan.

Polis berkata mereka menganggap hal keadaan kes itu dan telah merujuk kembali kepada Pejabat Peguam Negara (AGC), dan telah memberi pasangan adik-beradik itu amaran bersyarat selama 24 bulan.

Ini bermakna mereka mesti bebas jenayah selama 24 bulan, jika tidak, mereka boleh dihakimi di mahkamah untuk kededua kesalahan asal dan kesalahan baru mereka.

Laporan polis dibuat pada 29 Julai lalu, selepas video itu disiarkan di lelaman Facebook dan YouTube pada hari yang sama.

Pasangan adik-beradik itu kemudian mengaku pada polis bahawa mereka telah menghasilkan dan menerbitkan video itu.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg