Yuran median tajaka sepenuh hari jatuh

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Yuran median tajaka sepenuh hari jatuh

Mar 21, 2016 | 9:33 AM

Yuran median tajaka sepenuh hari jatuh

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Murid tajaka Jamiyah dibawa ke Kebun Bunga sebagai sebahagian daripada pembelajaran luar bilik darjah. Yurun media tajaka tunrun selepas 169 pusat di bawah 23 pengendali menurunkan yuran pada Januari, seperti yang dikehendaki di bawah skim pengendali rakan kongsi (POP) baru.
Murid tajaka Jamiyah dibawa ke Kebun Bunga sebagai sebahagian daripada pembelajaran luar bilik darjah. Yurun media tajaka tunrun selepas 169 pusat di bawah 23 pengendali menurunkan yuran pada Januari, seperti yang dikehendaki di bawah skim pengendali rakan kongsi (POP) baru. -

YURAN bulanan median tajaka sepenuh hari berkurangan daripada $900 pada Disember lepas kepada $856 pada Januari lalu - kejatuhan pertama dalam sekurang-kurangnya satu dekad.

Namun, bayaran purata meningkat $13, daripada $999 kepada $1,012 dalam tempoh sama.

Para pakar mengatakan tidak jelas apakah penurunan yuran median akan menyederhanakan kenaikan yuran seluruh sektor penjagaan kanak-kanak, yang menghadapi kenaikan kos tenaga kerja di tengah-tengah kekurangan guru.

Yuran median memisahkan separuh daripada lebih 1,200 tajaka daripada yang lain. Yuran purata lebih tinggi kerana yuran tinggi dikenakan beberapa pusat, yang ada lebih $2,000.

Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA), yang menyelia sektor penjagaan kanak-kanak di sini, mengeluarkan data itu kepada akhbar The Straits Times minggu lalu.

Penurunan yuran median berlaku selepas 169 pusat di bawah 23 pengendali menurunkan yuran pada Januari, seperti yang dikehendaki di bawah skim pengendali rakan kongsi (POP) baru.

POP menyokong pengendali kecil dan sederhana, dan melengkapkan skim pengendali utama (AOP), bagi pengendali lebih besar yang menawarkan sekurang-kurangnya 1,000 tempat.

Kedua-dua jenis pengendali mendapat geran pemerintah, tetapi perlu mengehadkan yuran - $720 sebulan bagi program sepenuh hari di pusat AOP, dan $800 untuk program sama di pusat POP.

Yuran lebih rendah tidak bermakna mutu lebih rendah. Jurucakap ECDA berkata pengendali di bawah kedua-dua skim perlu memenuhi kriteria mutu.

Sehingga Oktober lalu, pusat AOP dan POP membentuk kira-kira 40 peratus daripada pasaran, dan ini dijangka meningkat kepada separuh menjelang 2020.

Pengendali tidak di bawah salah satu daripada skim itu berkata mereka sedar persaingan harga dan kenaikan yuran menjejaskan ibu bapa, tetapi berkata keutamaan mereka ialah mengekalkan mutu, yang menyukarkan mengelak kenaikan yuran.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg