Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Yusnor Ef, Allahyarham Kassim Masdor diiktiraf industri muzik setempat

Sep 26, 2022 | 9:35 PM
ANUGERAH IKTIRAF SUMBANGAN: Encik Yusnor Ef (kiri) dan Encik Kasturi Kassim, anak kepada Allahyarham Kassim Masdor, menerima anugerah Pencapaian Seumur Hidup dan Lagu Pop Melayu Tempatan Terbaik. - Foto COMPASS
ANUGERAH IKTIRAF SUMBANGAN: Encik Yusnor Ef (kiri) dan Encik Kasturi Kassim, anak kepada Allahyarham Kassim Masdor, menerima anugerah Pencapaian Seumur Hidup dan Lagu Pop Melayu Tempatan Terbaik. - Foto COMPASS -

PENULIS lirik veteran, Encik Yusnor Ef, dan komposer terkenal, Allahyarham Kassim Masdor, mendapat pengiktirafan tertinggi dalam industri muzik negara apabila diberikan Anugerah Pencapaian Seumur Hidup oleh Persatuan Penggubah dan Penulis Lirik Singapura (Compass) atas sumbangan mereka kepada muzik tanah air. Encik Yusnor, 85 tahun, yang kelihatan uzur dan bergerak menggunakan kerusi roda, menerima penghormatan itu daripada Menteri Negara (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Cik Low Yen Ling, dalam Majlis Penyampaian Anugerah Compass ke-25 tahun pada Ahad (25 Sep). Anugerah bagi Allahyarham Kassim pula diterima oleh anaknya, Encik Kasturi Kassim. Majlis di Marina Bay Sands Ballroom itu turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Compass, Dr Edmund Lam; Pengerusi Compass, Profesor Jeremy Monteiro; serta pemuzik tanah air termasuk komposer serta selebriti berbilang bangsa. Laporan penuh di Berita Harian esok (27 Sep).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg