Topik diikuti
Pergi ke BHkuZainal Sapari dekati penduduk Pasir Ris
Zainal Sapari dekati penduduk Pasir Ris
Zainal Sapari dekati penduduk Pasir Ris
MULA AWAL: Seawal 8 pagi semalam, Encik Zainal (duduk, dua dari kiri) yang ditemani para aktivis PAP yang lain telah bertemu dan beramah mesra dengan para penduduk di sekitaran kejiranannya. - Foto FARID HAMZAH -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Aug 13, 2015 | 12:45 PM
SEDANG rakyat Singapura menyambut cuti panjang hujung minggu selepas Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP), beberapa anggota parti politik sibuk berkunjung ke estet-estet perumahan di serata pulau menemui penduduk, bertanya khabar dan mendapatkan maklum balas daripada mereka.
Antara mereka ialah Anggota Parlimen (AP) Pasir Ris-Punggol, Encik Zainal Sapari, bersama para aktivisnya telah mengadakan lawatan di kawasan kejiranannya - bertemu dan beramah mesra dengan para penduduk di Pasir Ris Drive 6.
