Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Zamil Kanan A*Star Jackie Ying menang Hadiah Raja Faisal dari Arab Saudi

Antara dua wanita yang menang dalam bidang Perubatan dan Sains. Profesor Ying diiktiraf kerana sumbangan dalam bidang nanoteknologi, sementara Profesor Sarah Gilbert dari Universiti Oxford diiktiraf kerana sumbangan mencipta vaksin Covid-19 bernama Oxford-AstraZeneca.
Jan 5, 2023 | 10:06 AM
Profesor Jackie Ying
Profesor Jackie Ying -

Pengarah makmal penyelidikan NanoBio Lab dan Zamil Kanan di A*Star, Profesor Jackie Yi-Ru Ying, antara dua wanita yang dipilih menerima Hadiah Raja Faisal bagi Perubatan dan Sains tahun ini.

Profesor Ying, warga Amerika Syarikat yang berpangkalan di Singapura, diiktiraf atas sumbangannya kepada bahagian nanoteknologi kesihatan, di mana beliau dan pasukannya membangun teknologi yang membolehkan insulin dilepaskan secara automatik dalam tubuh pesakit diabetes dengan mengesan kandungan glukos dalam tubuh pesakit itu.

Seorang lagi pemenang Hadiah Raja Faisal tahun ini ialah Profesor Sarah Gilbert dari Universiti Oxford. Profesor Sarah antara pencipta vaksin Oxford-AstraZeneca bagi Covid-19 yang kini digunakan di lebih 180 juta negara dan dianggap sebagai vaksin harga rendah yang berkesan.

Ini adalah kali ke-45 Hadiah Raja Faisal diberikan. Ia bertujuan mengiktiraf sumbangan pakar dalam pelbagai bidang kepada kemanusiaan dan Islam.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg