Topik diikuti
Pergi ke BHkuZaqy buat kunjungan muhibah ke pejabat baru Pergas
Zaqy buat kunjungan muhibah ke pejabat baru Pergas
Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Zaqy Mohamad, mengadakan lawatan ke pejabat baharu Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) pada 18 September.
Pergas dalam satu hantaran Facebook pada 20 September menyatakan lawatan Encik Zaqy, yang juga Menteri Negara Kanan (Pertahanan), ke bangunan lima tingkat Paradise@Pergas di Changi Road itu merupakan satu peluang interaksi bermakna.
Ini di samping menjalin hubungan bersama Majlis Tertinggi Pergas dan kakitangan mengenai hala tuju masa hadapan pertubuhan itu.
Sesi lawatan itu turut dihadiri Presiden Pergas, Ustaz Muhammad Tarmizi Abdul Wahid.
Pejabat Pergas sebelum ini terletak di Wisma Indah bersebelahan Masjid Kassim di Changi Road, sebelum ia berpindah ke tapak sekarang baru-baru ini.
