Zaqy: Pelantikan satu peluang besar untuk sumbang lebih banyak kepada negara
Premium
Zaqy: Pelantikan satu peluang besar untuk sumbang lebih banyak kepada negara
Apr 25, 2018 | 5:30 AM
BESAR HATI: Encik Zaqy Mohamed, 44 tahun, menjangkakan perlu menjalani tempoh peralihan dan penyesuaian, lantas berharap akan mendapat bimbingan daripada mereka yang lebih berpengalaman. - Foto fail -
ANGGOTA Parlimen, Encik Zaqy Mohamed menganggap pelantikan barunya selaku Menteri Negara (Kementerian Pembangunan Negara dan Tenaga Manusia) sebagai satu peluang besar untuknya menyumbang lebih banyak kepada negara.
Beliau adalah antara empat Anggota Parlimen (AP) barisan belakang yang dilantik untuk memegang jawatan politik dalam rombakan Kabinet terkini yang diumumkan Pejabat Perdana Menteri (PMO) semalam.

