Zaqy: Peruncit, pekerja perlu manfaatkan teknologi tingkatkan khidmat
Premium
Zaqy: Peruncit, pekerja perlu manfaatkan teknologi tingkatkan khidmat
Nov 22, 2018 | 5:30 AM
MENGIKTIRAF PERKHIDMATAN CEMERLANG: Encik Zaqy (kanan) dan Presiden SRA, Encik R Dhinakaran (kiri sekali) beramah mesra dengan antara penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (Exsa) di Teater Kallang semalam. - Foto SRA -
PERSATUAN Peruncit Singapura (SRA) tahun ini menyampaikan sejumlah 3,963 anugerah kepada karyawan dan peruncit yang menawarkan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang.
Jumlah itu satu kenaikan 16 peratus berbanding tahun lalu, sekali gus "mencerminkan tumpuan industri runcit dan usaha kolektif yang kukuh untuk meningkatkan kecemerlangan perkhidmatan," kata SRA dalam satu kenyataan semalam.

