Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Zhulkarnain dilantik naib pengerusi Jawatankuasa Bulan Bahasa 2023

Mar 3, 2023 | 5:30 AM
DARIPADA DUTA JADI PENGGERAK: Encik Zhulkarnain Abdul Rahim, naib pengerusi Bulan Bahasa 2023, adalah seorang duta bahasa Melayu sejak 2019.
DARIPADA DUTA JADI PENGGERAK: Encik Zhulkarnain Abdul Rahim, naib pengerusi Bulan Bahasa 2023, adalah seorang duta bahasa Melayu sejak 2019. -

BELIAU bukan wajah asing dalam usaha melestari dan menggalak budaya dan bahasa Melayu.

Malah, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim, Anggota Parlimen (GRC Choa Chu Kang), seorang duta bahasa sejak 2019, apabila dilantik bagi Bulan Bahasa tahun itu.

Semasa sesi taklimat Jawatankuasa Bulan Bahasa 2023 bagi rakan kerjasamanya pada Rabu, pengerusi jawatankuasa itu, Cik Rahayu Mahzam, yang juga Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-Undang), mengumumkan pelantikan Encik Zhulkarnain sebagai naib pengerusi jawatankuasa itu.

Mengulas tentang pelantikan beliau, Encik Zhulkarnain, seorang peguam, berkata:

"Saya amat teruja kerana dapat memainkan peranan untuk memberi sedikit sumbangan kepada Jawatankuasa Bulan Bahasa 2023.

"Saya telah lama berkecimpung dalam Bulan Bahasa. Saya melihat pelantikan ini sebagai suatu kesinambungan dalam apa yang kita telah kecapi selama ini dan apa yang kita mahu capai pada masa hadapan untuk melestari bahasa ibunda kita."

Beliau juga memuji usaha anggota jawatankuasa dan rakan bahasa yang telah bertahun-tahun bekerjasama untuk memupuk minat dalam budaya dan bahasa dalam kalangan masyarakat.

Di sesi taklimat itu, Encik Zhulkarnain, yang juga pengarah Yayasan Warisan Melayu (MHF), mengalu-alukan sambutan lebih 100 rakan kerjasama yang hadir dan meluahkan minat untuk bekerjasama dan memajukan kempen Bulan Bahasa 2023.

"Saya terkejut melihat ramai datang malam ini. Ini mencerminkan hasrat dan minat masyarakat untuk bersama menjayakan Bulan Bahasa," ujar beliau.

Menggunakan istilah "revenge event", atau acara 'balas dendam' lepas Bulan Bahasa terpaksa diadakan dalam talian atau secara fizikal tetapi tidak dibuka kepada semua orang secara fizikal semasa pandemik Covid-19, Encik Zhulkarnain berkata beliau kagum melihat sambutan hangat untuk mengadakan acara dan pendekatan fizikal yang dapat mendekati masyarakat.

"Jadi, apa yang saya harapkan pada tahun ini ialah kita dapat menggunakan wadah ini untuk mendekati anak muda kita yang tidak dapat merasa kemanisan acara fizikal Bulan Bahasa semasa musim pandemik.

"Pada masa yang sama, menerusi acara Bulan Bahasa, saya harap mereka akan tercetus rasa minat untuk bersama kita menjadi rakan bahasa dalam aktiviti masa hadapan," kata Encik Zhulkarnain.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg