Topik diikuti
Pergi ke BHkuZhulkarnain kunjungi Mesir sempena 60 tahun hubungan diplomatik
Zhulkarnain kunjungi Mesir sempena 60 tahun hubungan diplomatik
Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Ehwal Luar), Encik Zhulkarnain Abdul Rahim, akan melakukan lawatan kerja ke Kaherah, Mesir, dari 14 hingga 15 September ini.
Menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada 13 September, lawatan itu merupakan kunjungan pengenalan Encik Zhulkarnain ke Mesir.
Lawatan tersebut mengukuhkan lagi hubungan lama dan mesra antara Singapura dengan Mesir, sedang kedua-dua negara memperingati ulang tahun ke-60 penubuhan hubungan diplomatik tahun ini.
Sepanjang lawatan, Encik Zhulkarnain akan mengadakan pertemuan dengan beberapa menteri serta pegawai kanan Mesir bagi meneroka peluang baharu untuk memperkukuh kerjasama dua hala.
Antara bidang yang akan diberi perhatian termasuk ekonomi, kesalinghubungan dan kemanusiaan.
Beliau juga dijangka bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan serantau dengan pihak Mesir.
Encik Zhulkarnain akan ditemani pegawai daripada Kementerian Ehwal Luar.
