'Zoom Raya' pererat silaturahim

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

'Zoom Raya' pererat silaturahim

May 15, 2021 | 5:30 AM

'Zoom Raya' pererat silaturahim

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
CERIA ZOOM RAYA: Cik Nur Diana dan suami, Encik Zulfiqar Zainal bersama anak-anak mereka (dari kanan) Qays Qusyeiri, Qiys Qaiserah, Qhir Qaiser dan Qaid Qayden bersyukur masih dapat berinteraksi dengan keluarga semasa raya melalui zoom. - Foto BH oleh DESMOND FOO
CERIA ZOOM RAYA: Cik Nur Diana dan suami, Encik Zulfiqar Zainal bersama anak-anak mereka (dari kanan) Qays Qusyeiri, Qiys Qaiserah, Qhir Qaiser dan Qaid Qayden bersyukur masih dapat berinteraksi dengan keluarga semasa raya melalui zoom. - Foto BH oleh DESMOND FOO -

BIASANYA, keluarga besar Cik Nur Diana Mazlan akan berkumpul pada 1 Syawal untuk menyambut Hari Raya pertama bersama.

Justeru, beliau kecewa apabila tidak dapat melakukan kegiatan itu dua tahun berturut-turut.

Namun, kerana enggan membiarkan perkara itu menjejas semangat menyambut Hari Raya kali ini, beliau telah merancang beberapa sesi 'Zoom Raya' atau panggilan video beramai-ramai bersama ibu bapa, adik beradik dan saudara mara demi memastikan kemeriahan tetap terasa.

Kunjungan ke rumah dibenarkan tahun ini, tetapi keluarga Cik Nur Diana seramai enam beranak melebihi had yang ditetapkan pemerintah.

Awal bulan ini, had kunjungan ke rumah diturunkan daripada lapan kepada lima tetamu berbeza dalam sehari untuk mengekang penularan Covid-19 dalam masyarakat.

Semalam, had itu dikurangkan lagi kepada dua tetamu.

Justeru, suri rumah 29 tahun itu bersama suami dan empat anaknya yang berusia antara 10 bulan hingga lapan tahun, berkata mereka bertekad 'menghidupkan' suasana Raya di rumah tahun ini.

"Apa pun, kami tak ingin ketinggalan melakukan tradisi kami setiap raya, iaitu untuk 'bertemu' satu sama lain dan meminta maaf, walaupun suasana memang beza bila dilakukan secara maya," katanya.

Sambutan tahun ini tetap meriah, kata Cik Nur Diana, yang menambah beliau teruja menyambut Hari Raya pertama di rumah barunya selepas berpindah ke sana beberapa bulan lalu.

Meskipun akui rindu akan suasana kecoh beraya beramai-ramai sebelum ini, Cik Nur Diana tetap bersyukur diberi peluang bersua muka dengan keluarga, tidak kira secara maya mahupun fizikal.

Walaupun isi rumah dibenarkan menerima dua tetamu setiap hari, Cik Nur Diana berkata beliau tidak lagi menerima tamu ke rumahnya.

"Saya rasa lebih baik kita beraya di rumah atau secara maya, lebih selamat terutama sekali bila kita ada anak kecil," katanya.

Cik Nur Diana berkata pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku dan beliau percaya ini mungkin yang terbaik bagi semua. - SITI AISYAH NORDIN

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg