Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Zulfikar didakwa buat kenyataan palsu semasa mohon pasport S'pura, tidak isytihar kerakyatan Australia

Oct 8, 2020 | 1:10 PM
Zulfikar Mohamad Shariff
Zulfikar Mohamad Shariff yang ditahan di bawah ISA pada 2016 hadapi satu tuduhan di bawah Akta Pasport hari ini (8 Oktober). - Foto fail

ZULFIKAR Mohamad Shariff, yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana terlibat dalam kegiatan berkaitan pengganasan pada 2016, didakwa di mahkamah hari ini (8 Oktober).

Dia menghadapi tuduhan membuat kenyataan palsu dalam Sistem Permohonan Bagi Pasport Elektronik Dalam Talian berhubung satu permohonan bagi pasport Singapura. Menurut kertas pertuduhan, dia didakwa mengisytiharkan bahawa dia tidak memperoleh kerakyatan negara lain semasa membuat permohonan itu meskipun dia tahu ini tidak benar.

Kertas pertuduhan itu menyatakan Zulfikar merupakan warga Australia.

Zulfikar, 49 tahun, telah tinggal di Australia selama 14 tahun sebelum ditangkap dan ditahan pihak berkuasa semasa dia pulang ke Singapura. Dia ditahan di bawah ISA pada 2016 kerana giat menyebarkan ideologi radikal dalam media sosial sehingga meradikalkan sekurang-kurangnya dua warga yang lain.

Menurut kenyataan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) sebelum ini, Zulfikar menyokong kumpulan pengganas ISIS dan telah mendorong Muslim agar melakukan jihad bersenjata di luar negara.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg