Premium
Zuraidah Abdullah Jauhari BH
Aug 31, 2016 | 5:30 AM
JAUHARI 2016: Cik Zuraidah Abdullah menerima Anugerah Jauhari 2016 daripada Perdana Menteri Lee Hsien Loong dengan diperhatikan oleh Editor Berita Harian/Minggu, Encik Saat Abdul Rahman. - Foto M.O. SALLEH -
DENGAN kegigihan dan sikap yang tidak kenal erti putus asa, beliau membuktikan keupayaannya sehingga diberi kepercayaan memikul pelbagai tanggungjawab penting dalam kerjayanya sebagai pegawai polis.
Cik Zuraidah Abdullah, 54 tahun, juga tidak pernah menjadikan jantina sebagai hambatan menjalankan tugas dengan baik sehingga pernah menjadi pegawai wanita pertama dinaikkan pangkat kepada Penolong Pesuruhjaya Kanan (SAC) Polis - antara pangkat tertinggi di Pasukan Polis Singapura (SPF).

