Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Pelbagai juadah pancing selera

Jul 29, 2018 | 05:30 AM



PELANGGAN di Restoran Ayza pasti rambang mata melihat 10 gerai menawarkan pelbagai jenis makanan dari pencuci mulut ke kuih-muih dan makanan laut.



Terletak di Blok 508, Jurong West Street 52, restoran itu, menurut pemiliknya, Encik Abdul Malik Jainulabudeen, menyediakan makanan untuk seisi keluarga.



"Satu keluarga apa nak makan semua ada," kata Encik Abdul Malik, 42 tahun, yang menguruskan restoran itu bersama adiknya, Encik Mujebur Rahuman.



Restoran Ayza dibuka pada 2009 dan terletak di lokasi kini sejak tujuh tahun lalu.



Encik Abdul Malik memiliki empat gerai - gerai minuman, nasi padang, makanan laut dan makanan India - manakala baki gerai disewa kepada peniaga lain.



Kunjungan Gah! ke restoran itu pada waktu makan tengah hari Rabu lalu mendapati gerai menjual nasi padang mendapat sambutan agak baik dengan pelanggan bertali arus.



Menurut salah seorang pegerainya, Cik Yuliatin Ahmadyansha, gerai itu menawarkan lebih 30 jenis hidangan, dari lauk-pauk seperti asam pedas ikan pari dan lemak nangka ke makanan yang lebih unik seperti sotong percik dan puyuh goreng.



Hidangan kegemaran ramai seperti siput sedut, ikan pari bakar dan urap turut ditawarkan.



Gerai itu turut menjual juadah sarapan seperti nasi lemak, lontong, mi rebus, mi siam dan mi soto.



Di sebelah gerai itu ialah gerai yang menjual roti naan, tose, putu mayam dan ayam tanduri.



Pilihan lebih sihat seperti apam juga boleh didapatkan di gerai tersebut.



Tidak cukup dengan satu gerai menjual sajian India, Restoran Ayza menawarkan lebih banyak pilihan di gerai India keduanya.



Di gerai itu, pelanggan boleh menikmati set perata dengan lauk sardin dan rusuk, martabak, mi kuah, beriani dam, tulang merah dan rojak India.



Hidangan yang menjadi pilihan ramai ialah kari kepala ikan, yang ditawarkan dalam set berharga $17 dengan dua pinggan nasi putih dan popadom.



Gerai Pondok Kueh pula menawarkan pelbagai jenis kuih-muih seperti epok-epok dan pisang goreng.



Juadah Melayu seperti roti kirai dan nasi kunyit juga boleh didapatkan di gerai ini.



Bagi yang mahu menikmati juadah Cina, Restoran Ayza mempunyai gerai menjual nasi ayam char siew, mi ayam, bubur ayam dan sup bebola ikan.



Mereka yang mahukan nasi ayam versi Indonesia pula boleh ke gerai sebelah yang menjual ayam penyet di samping pelbagai hidangan lain seperti bubur kampung dan mi bakso.



Penggemar makanan barat pula boleh menikmati hidangan seperti stik lada hitam, cop ayam serta ikan dan kentang goreng.



Gerai menjual makanan laut menawarkan pelbagai pilihan daripada udang goreng Nestum ke siakap kukus dan ketam cili.



Hidangan sup kaki, rusuk dan lidah, yang enak dinikmati bersama roti perancis turut ditawarkan di restoran itu.



Di bahagian luar restoran tersebut pula ialah gerai menjual putu piring gula Melaka ($2.50 bagi lima keping) dan apam balik ($3.50 hingga $4) dengan pelbagai gabungan inti seperti coklat dan keju, keju dan jagung, serta kacang dan pisang.



Restoran Ayza dibuka 24 jam setiap hari kecuali pada Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji.



Ia dapat menampung sekitar 100 orang pada satu-satu masa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >