Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Premium

10 Atlet wanita paling lumayan

Aug 24, 2020 | 5:30 AM
1 Naomi Osaka: $51.23j
1 Naomi Osaka: $51.23j -

Sembilan atlet wanita yang menerima pendapatan tertinggi tahun lalu semuanya pemain tenis, menurut majalah Forbes. Bintang tenis Jepun, Naomi Osaka, mendahului senarai dengan pendapatan AS$37.4 juta ($51.23 juta) mengatasi pendapatan pemain lebih mapan termasuk Serena Williams yang meraih $49.31 juta. Namun, Osaka dan Williams tetap memecahkan rekod pendapatan tahunan sebelum ini, iaitu $40.68 juta yang diraih pemain tenis Russia, Maria Sharapova, pada 2015, meskipun Osaka dan Williams merupakan hanya dua atlet wanita dalam senarai 50 atlet terkaya yang diterbitkan Forbes, dengan pemain Jepun itu menduduki tangga ke-29 dan pemain Amerika itu pula di tangga ke-33. Sementara itu, pemain bola sepak profesional Amerika, Alex Morgan, pula merupakan satu-satunya atlet bukan daripada sukan tenis yang berjaya menembusi senarai 10 atlet wanita dengan pendapatan tertinggi itu. Berikut senarai penuh 10 atlet wanita yang menerima pendapatan tertinggi menerusi sukan tahun lalu.

RATU TENIS

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg