Sukan SEA Singapura ini melabuhkan tirainya malam tadi. Dengan 259 pingat termasuk 84 emas, Team Singapore mencatatkan keputusan terbaiknya dalam sejarah sukan ini dengan meraih kedudukan naib juara dalam kalangan 11 negara peserta, hanya di belakang Thailand. ANWAR YAHYA (anwar@sph.com.sg) menyorot beberapa 'bintang' yang menyalakan temasya ini di samping detik-detik 'hangat' yang menjadi topik perbualan ramai.