SOUTHAMPTON dan khususnya penyerangnya, Danny Ings, sedang menikmati musim yang menakjubkan sejauh ini dengan pasukan The Saints itu berjaya menduduki antara empat tangga teratas Liga Perdana. Dengan lima gol sejauh ini, Ings merupakan pemain terbaik musim ini berdasarkan statistik yang dikeluarkan BBC. Statistik tersebut juga menunjukkan pemain Leicester City antara yang menyerlah sejauh ini, dengan pemain pertahanan Wesley Fofana, 19 tahun, mendapat skor purata 7.21.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg