Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SETEMPAT

13 pengendali privet kemudahan sukan dilulus bagi acara 'lebih besar'

'Lampu hijau' dari SportSG bagi anjur acara patuhi langkah pengurusan selamat terbaru yang benarkan hingga 30 individu
Mar 17, 2022 | 05:30 AM



SEBANYAK 13 pengendali privet kemudahan sukan di sini telah diluluskan untuk memulakan operasi mereka bagi format sukan berpasukan di bawah langkah pengurusan keselamatan Berdasarkan Status Vaksinasi (VDS), kata agensi sukan negara, Sport Singapore (Sport SG).



Menjawab pertanyaan Berita Harian kelmarin, agensi sukan negara itu menambah bahawa setakat ini ia telah menerima lebih 70 permohonan daripada pengendali privet yang berminat untuk menawarkan format sukan berpasukan yang diperluaskan ini.



Tarikh akhir bagi permohonan kelulusan itu adalah pada 8 malam semalam.



Sebanyak 13 pengendali privet diluluskan SportSG itu ialah Centaurs Group Pte Ltd; Coldcut Pte Ltd; Farrer Park Sports Group (FPSG) Limited Liability Partnership; Golazo LLP; JRT Volleyball Academy Private Limited; Kiddo Sports Pte Ltd; Singapore Polo Club; Singapore Recreation Club; Stamford American International School; Tanglin Trust School Limited; The New Charis Mission; Uber Sports Pte Ltd; dan United World College of South East Asia-East.



Sejak kelmarin, sukan berpasukan untuk sehingga 30 individu yang sudah divaksin sepenuhnya dibenarkan di kemudahan sukan yang diselia atau diselia pengendali seperti di bawah ActiveSG, dan juga kemudahan privet yang diluluskan.



Had 30 orang bagi sukan berpasukan itu termasuk pemain, jurulatih, dan pengadil, manakala langkah pengurusan selamat lazim yang ditetapkan sebelum dan selepas kegiatan, serta semasa rehat harus terus dipatuhi.



Tiada pengujian diperlukan sebelum masuk ke kemudahan sukan itu selagi semua peserta divaksin sepenuhnya, tetapi mereka amat digalakkan untuk mengambil ujian kendiri sebelum tiba.



Mereka juga harus duduk di rumah sekiranya mengalami simptom bagi Covid-19, dan perlu mengikuti protokol yang ditetapkan jika mereka diuji positif.



Langkah Covid-19 yang dipermudahkan untuk sukan berpasukan ini pada asalnya dirancang diperkenalkan pada 25 Feb, tetapi ditangguhkan kerana bilangan kes tempatan yang kekal tinggi.



Mengulas mengenai peraturan yang diperluas itu, SportSG berkata:



"Kami menjangkakan minat kuat dan tempahan yang meningkat daripada masyarakat, terutamanya bagi bola sepak 11 sepasukan bagi slot hujung minggu.



"SportSG akan bekerjasama dengan pihak berkepentingan lain bagi membuka lebih banyak sukan dan kemudahan untuk kegiatan sukan disambung semula selaras dengan keadaan (Covid-19) negara."



SportSG menambah bahawa hampir 30,000 orang telah menggunakan kemudahan sukan kendaliannya, sebagai sebahagian langkah rintis untuk membolehkan sukan berpasukan sejak 10 November tahun lalu.



Di bawah langkah itu, 10 individu yang sudah divaksin dapat bermain bersama di sekitaran yang diselia di bawah protokol VDS + ART di Pusat Sukan ActiveSG tertentu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >