Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK EROPAH

$188j untuk Mbappe? PSG tolak tawaran Real

Aug 26, 2021 | 05:30 AM



REAL Madrid telah membuat tawaran 160 juta euro ($188 juta) untuk mendapatkan khidmat penyerang Kylian Mbappe, namun tawaran itu telah ditolak serta merta oleh Paris Saint-Germain.



Sumber-sumber yang rapat dengan Real Madrid berkata kelab Sepanyol itu akur rundingan bagi mendapatkan tandatangan Mbappe dijangka rumit, namun mereka tetap yakin bahawa persetujuan dengan PSG dapat dicapai sebelum jendela pemindangan pemain ditutup 31 Ogos ini.



Dalam pada itu, laporan media Perancis mendakwa kelab itu meletakkan penilaian lebih tinggi iaitu 200 juta euro ($235 juta) bagi pemain tersebut, dan Real harus menaikkan tawarannya sekiranya serius mendapatkan khidmat pemain tersebut.



Mbappe masih mempuyai kontrak dengan PSG sehingga akhir musim ini, dan pemain berusia 22 tahun itu telah menyatakan hasratnya untuk tidak menyambung kontrak, meskipun PSG telah beberapa kali cuba memulakan rundingan.



Sumber yang rapat dengan PSG pula berkata, kelab tersebut mengharapkan ketibaan Lionel Messi ke Perancis akan merubah minda Mbappe. Namun, harapan itu tidak menjadi realiti.



Mbappe telah menjadi sasaran nombor satu presiden Real, Florentino Perez, sejak sekian lama dan penyerang itu juga telah melahirkan impiannya menyarung jersi kelab tersebut. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >