Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

19 sukan dipertanding minggu ini

Apr 19, 2022 | 5:30 AM
REKOD BARU: Rei Tan daripada Raffles Institution dalam lompatan bagi mencipta rekod baru setinggi 1.85m dalam lompat tinggi lelaki Sukan Sekolah Nasional Bahagian C di Stadium Bukit Gombak pada 11 April. - Foto fail
REKOD BARU: Rei Tan daripada Raffles Institution dalam lompatan bagi mencipta rekod baru setinggi 1.85m dalam lompat tinggi lelaki Sukan Sekolah Nasional Bahagian C di Stadium Bukit Gombak pada 11 April. - Foto fail -

SELEPAS dua tahun yang tidak menentu, Sukan Sekolah Nasional (NSG) kini muncul semula, dengan kesemua 29 sukan dipertandingkan buat kali pertama sejak pandemik.

Jadual pelajar-atlet minggu ini (18-22 April) padat, dengan 19 sukan, termasuk badminton, ragbi, polo air, lumba renang, skuasy dan tenis meja, dipertandingkan.

Tahun ini, NSG disambung pada hari pertama penggal kedua pada 21 Mac, dengan semua sukan berpasukan ditandingi mengikut format biasa, kecuali ragbi, yang dianjurkan dalam format tujuh sepasukan, berbeza daripada format biasa 15 sepasukan.

Pertandingan Divisyen A, Divisyen B dan Divisyen Senior biasanya bermula pada Januari dan berakhir sebelum cuti sekolah Jun bermula. Ini bermakna pelajar-atlet terjejas berdepan jadual pertandingan lebih singkat dan menyusuli itu, yang lebih padat.

Pertandingan bagi Divisyen C dan Divisyen Junior pula biasanya bermula pada penggal etiga.

Pelajar, ibu bapa dan penyokong mereka telah menyambut kehadiran semula NSG dengan tangan terbuka, menurut The Straits Times dalam laporannya.

Sementara Kementerian Pendidikan (MOE) meneroka pilihan membolehkan penyokong berada di tempat pertandingan dalam masa beberapa minggu, penyokong boleh mengikuti aksi pertandingan menerusi laman web.

Berikut beberapa acara utama minggu ini:

Badminton

Sukan ini tidak akan ditandingi di peringkat nasional bagi Divisyen C dan Divisyen C tahun ini. Justeru, pemain badminton muda akan bersaing dalam pertandingan di peringkat zon.

Pusingan akhir pertama Divisyen B Zon TImur bagi budak lelaki dan budak perempuan pada 20 April dan 21 April.

Empat sekolah terbaik telah melayakkan diri ke separuh akhir, dengan juara bertahan Sekolah Victoria berdepan dengan Sekolah Tinggi Dunman pada awal minggu.

Sekolah Tinggi Anglican, naib johan tahun lalu, perlu menewaskan juara 2019, Sekolah Menengah Ngee Ann, untuk mara ke final.

Skuasy

Sekolah Perempuan Methodist pilihan ramai bagi memenangi pertandingan tahun ini selepas pasukannya menewaskan juara bertahan dua kali Sekolah Perempuan Cina Singapura dan menduduki tempat pertama di pusingan awal.

Namun, mereka berdepan Sekolah Perempuan Raffles, yang berharap dapat memenangi semula kejuaraan yang mereka raih buat kali terakhir pada 2017.

Lumba renang

Kejohanan renang nasional disambung semalam dengan format baru bagi acara jarak jauh. Perlumbaan 200 meter dan lebih jauh akan mengadakan final berdasarkan kiraan waktu sahaja, sementara pusingan awal dan pusingan akhir bagi acara-acara lain akan diadakan pada hari yang berasingan.

Beberapa atlet yang akan bertanding di Sukan SEA akan beraksi, termasuk Bonnie Yeo daripada Raffles Institution dan Ashley Lim, Ephraim Tan dan Gabriel Koo, kesemuanya daripada Sekolah Anglo Chinese (Bebas).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg