Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

2 minggu penentuan bagi Arsenal

Feb 21, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Mikel Arteta akur Arsenal berdepan dua minggu getir musim ini dengan peluang melayakkan diri ke saingan Eropah kini menjadi lebih sukar.



Mereka menjadi tuan rumah kepada pendahulu Liga Perdana England (EPL), Manchester City awal pagi esok sebelum membuat kunjungan ke Leicester City, yang turut memberikan saingan sengit kepada pasukan kendalian Pep Guardiola bagi memburu gelaran juara musim ini.



Ia merupakan satu tugas yang berat, terutama apabila kelab itu menghadapi masalah mencari konsistensi dalam perlawanan domestik.



"Kami bakal bermain beberapa perlawanan besar dalam jangka masa terdekat ini, sekitar setiap tiga hari," kata Arteta baru-baru ini.



"Ia merupakan sesuatu yang sering kami perkatakan sejak musim bermula, bahawa sukar untuk mendapatkan konsistensi apabila anda perlu beraksi setiap tiga hari dan kemudian mengharapkan kemenangan.



"Kami menyaksikan peningkatan dalam tujuh perlawanan di mana kami berjaya mendapatkan kemenangan dan seri dua perlawanan. Selepas itu, kami tewas dalam dua perlawanan berturut-turut dengan cara yang tidak diduga.



"Perlawanan (dalam masa dua minggu ini) sangat penting. Kami tidak mampu membuat kesilapan dalam liga ini ataupun saingan Liga Europa.



"Apabila anda gagal melaksanakan apa yang harus dilakukan, anda akan tersingkir. Tahap perhatian dan prestasi akan terus meningkat dan menjadi lebih sukar. Kami perlu menghadapi cabaran ini."



Dalam situasi yang ideal, setiap kelab mungkin diberikan masa seminggu untuk berehat dan merenungkan kesilapan yang dilakukan pada perlawanan sebelumnya agar dapat memperbaikinya.



Namun musim ini bukanlah satu musim yang biasa dan peluang yang diperolehi untuk menghabiskan masa berharga bersama pemainnya merupakan sesuatu yang amat dihargai Arteta.



"Kami cuba memanfaatkan masa yang ada sebaik mungkin. Kami membuat analisis terhadap pelbagai perkara - perkara yang kami telah lakukan dengan baik dan yang perlu diperbaiki.



"Kami telah mengadakan beberapa sesi latihan bersama yang kami tidak berpeluang untuk lakukan sebelum ini bagi memperbaiki persembahan kami."



Masih tidak dapat ditentukan jika Arsenal mampu menyelamatkan musim mereka ini dengan peluang mendapatkan tempat ke saingan Eropah kian tampak pudar.



Apabila ditanya mengenai peluang mereka bagi baki kempen ini, Arteta berkata:



"Pertama sekali, kami perlu memperbaiki kedudukan kami dalam liga dan untuk melakukannya, kami perlu memenangi perlawanan.



"Berapa banyak kemenangan yang mampu kami raih bergantung kepada apa yang akan dilakukan pasukan lawan kerana buat masa ini kami tidak dapat menentukannya.



"Kami perlu melayakkan diri dalam kejuaraan Eropah dan bersaing untuk merangkul trofi. Ia merupakan perkara yang penting untuk bertanding dalam saingan Eropah musim depan."



Arsenal kini boleh menarik nafas lega setelah kapten pasukan, Pierre-Emerick Aubameyang berjaya menemukan semula ketajamannya di hadapan gawang.



Hatriknya minggu lalu mengesahkan bahawa Aubameyang masih lagi menjadi antara penyerang berbisa liga.



Dikelilingi pemain muda yang berbakat seperti Bukayo Saka, Emile Smith Rowe dan pemain yang dipinjamkan dari Real Madrid, Martin Odegaard, gol bagaikan dapat dijamin untuk pemain antarabangsa Gabon itu.



Sementara itu, pemain midfield City, Ilkay Gundogan persembahan mereka musim ini menjadi bukti bahawa pengurus mereka, Guardiola perlu diberi kepercayaan sepenuhnya untuk mengendalikan pasukan tersebut.



Guardiola berjaya memimpin City untuk merampas tangga teratas liga meskipun berdepan dengan masalah kecederaan kepada beberapa pemain utama, terutama pada bahagian serangan.



Gundogan menggantikan Sergio Aguero, yang masih merawat kecederaan dan pemain Jerman itu membalas kepercayaan pengurusnya dengan menjaringkan 11 gol dalam 12 aksi liga.



Gundogan turut berkata bahawa beliau kagum dengan cara pengurusan Guardiola, yang telah mengendalikan City selama lima musim.



"Cara beliau berkomunikasi dengan pasukan tentang taktik bola sepaknya amat menakjubkan. Ia sama seperti ketika beliau bersama Bayern Munich dahulu.



"Beliau masih tetap memberikan semangat kepada pemain pada setiap sesi latihan.



"Terdapat desas-desus yang mengatakan Pep hanya akan menjadi jurulatih hanya bagi tiga musim. Buat masa ini, beliau telah berjaya membuktikan bahawa kritikan terhadap dirinya adalah tidak benar, dan beliau masih mampu menjadi pengurus terbaik."



Walau bagaimanapun, Guardiola menegaskan bahawa pasukannya mungkin tidak dapat meneruskan rentak kemenangan mereka sambil mengatakan mereka juga akan keciciran mata sebelum akhir musim ini.



"Terdapat banyak lagi perlawanan untuk dimainkan dan banyak perkara yang boleh berlaku," kata Guardiola.



"Kita berada di pertengahan Februari dan masih terdapat banyak mata yang boleh dikumpul.



"Kami mungkin akan keciciran mata dan pada ketika itu saya berharap dapat melihat reaksi yang positif dari pemain.



"Dua bulan lalu, kami bukanlah pasukan yang dijangka akan menjadi juara liga... sekarang ini, kami kelihatan seperti pesaing utama." - Agensi berita.




ARTETA: KESILAPAN AKAN BAWA PADAH



"Kami bakal bermain beberapa perlawanan besar dalam jangka masa terdekat ini, sekitar setiap tiga hari.

Ia merupakan sesuatu yang sering kami perkatakan sejak musim bermula, bahawa sukar untuk mendapatkan konsistensi apabila anda perlu beraksi setiap tiga hari dan kemudian mengharapkan kemenangan.

...Perlawanan (dalam masa dua minggu ini) sangat penting. Kami tidak mampu membuat kesilapan dalam liga ini ataupun saingan Liga Europa.

Apabila anda gagal melaksanakan apa yang harus dilakukan, anda akan tersingkir.''

- Mikel Arteta, Pengurus Arsenal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >