DUA bakat muda bola jaring negara bangkit daripada rintangan masing-masing untuk merebut peluang membuat penampilan pertama bagi pasukan nasional di Piala Negara-Negara M1.

Angelina Lim dan Jamie Lim terpilih antara 12 pemain untuk mewakili pasukan negara di kejohanan yang bermula semalam hingga 26 Oktober ini di Arena OCBC.