Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

2 tahun 'menyepi' tetap jaya tunjuk taring

Mar 02, 2022 | 05:30 AM



SELEPAS dua tahun "menyepi" daripada beraksi di gelanggang akibat pandemik Covid-19, juara dunia tiga kali Sheik Farhan Sheik Alau'ddin gembira akhirnya dapat menunjukkan taring.



Malah, pesilat negara berusia 24 tahun itu tidak kekok berdepan lawan sukar sepanjang Kejohanan Pencak Silat Asia Tenggara hujung minggu lalu lantas berjaya dinobat juara dalam acara tanding putera J (90-95 kilogram) senior.



Farhan mengalahkan musuh ketat dari Vietnam Nguyen Van Tri 20-17 dalam final Ahad lalu untuk meraih pingat pertamanya sejak Disember 2019.



Kali terakhir pesilat Singapura bertanding adalah di Kejohanan Pencak Silat Asia 2019 di Yanji, China.



"Saya sudah lama menantikan saat ini. Jadi, saya rasa gembira dapat kembali bersaing sejak pertanding terakhir pada 2019," kongsinya.



Dalam sukan yang beliau sudah terbiasa sejak usia kecil, Farhan tetap perlu menyesuaikan diri dengan perubahan pada peraturan dalam kategori tanding, yang diluluskan tahun lalu, dan dilaksanakan buat kali pertama di edisi kelapan Kejohanan Pencak Silat Asia Tenggara.



Peraturan itu memberi kelonggaran kepada pesaing ketika menarik pakaian lawan sambil mereka cuba melepaskan tumbukan atau tendangan demi meraih mata.



Bagi Farhan, peraturan baru itu bukan satu masalah besar.



"Saya boleh katakan, peraturan baru, (tapi) permainan sama," katanya.



"Tarikan seperti ini sentiasa berlaku dalam perlawanan, cuma ia tidak mempunyai banyak makna (pada masa dahulu).



"Perbezaannya sekarang adalah saya rasa anda harus menjadi lebih berhati-hati," ujarnya.



Farhan ialah antara tiga pesilat negara yang sudah mendapat sokongan Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) untuk bertanding di Sukan SEA Hanoi Mei ini.



Ditanya jika kejuaraan Ahad lalu melegakan sedikit tekanan di bahunya dengan kira-kira dua bulan sebelum ke Hanoi, pemenang pingat emas Sukan SEA 2017 itu menambah:



"Kemenangan pastinya mengurangkan tekanan itu. Tapi, tiada siapa yang boleh memberi tekanan kepada saya seperti yang saya lakukan pada diri saya sendiri.



"Tidak kira apa keputusannya malam ini, saya sebenarnya mahu perlawanan ini menjadi percubaan dan batu loncatan untuk Sukan SEA."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >