20 terperangkap 5 jam apabila lif Tokyo Skytree rosak

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

20 terperangkap 5 jam apabila lif Tokyo Skytree rosak

Feb 23, 2026 | 2:23 PM

20 terperangkap 5 jam apabila lif Tokyo Skytree rosak

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Tokyo Skytree menara penyiaran setinggi 634 meter ini menjadi ikon Tokyo.
Tokyo Skytree menara penyiaran setinggi 634 meter ini menjadi ikon Tokyo. - Foto: TOKYO SKYTREE

TOKYO: Seramai 20 orang terperangkap lebih lima jam di dalam sebuah lif di menara Tokyo Skytree yang tiba-tiba rosak pada malam 22 Februari, kata pengendali menara itu.

Ia menambah bahawa kemudahan itu, yang merupakan menara penyiaran tertinggi di Jepun dan tempat pelancongan popular, akan ditutup sepanjang 23 Februari untuk pemeriksaan keselamatan.

Para penumpang, termasuk kanak-kanak, terkandas apabila lif itu berhenti secara tiba-tiba kira-kira 30 meter di atas paras jalan raya, menurut polis.

Namun, mereka semua telah diselamatkan dan tiada sesiapa yang cedera.

Panggilan kecemasan dibuat sekitar 8.20 malam pada 22 Februari yang melaporkan kejadian di menara di daerah Sumida, Tokyo.

Menurut syarikat Tobu Tower Skytree, dua lif berhenti sekitar 8.15 malam semasa berada di antara pintu masuk di tingkat empat dengan dek pemerhatian setinggi 350 meter.

Lif yang membawa 20 penumpang sedang turun, manakala lif yang satu lagi tiada sesiapa di dalamnya.

Untuk kerja menyelamat, sebuah lif bersebelahan dengan lif yang terkandas diletakkan pada ketinggian yang sama.

Panel keluli tahan karat – sepanjang 120 sentimeterdan lebar 20 sentimeter – diletakkan di antara kedua-dua lif supaya mereka yang terperangkap dapat keluar dari lif yang terhenti menerusi pintu kecemasan di sisinya.

Operasi menyelamat mengambil masa sehingga 2 pagi.

Selepas kejadian itu dilaporkan, dua lif lain di menara itu dihentikan selama kira-kira sejam untuk pemeriksaan keselamatan, menyebabkan kira-kira 1,200 orang yang ketika itu berada di kawasan pemerhatian dan di tempat lain tidak dapat turun buat sementara waktu.

Tobu Tower Skytree memohon maaf atas kejadian itu dan berikrar untuk mengambil langkah bagi mencegah kejadian serupa daripada berulang.

“Punca kerosakan lif kini sedang disiasat. Kami sedang menjalankan pemeriksaan menyeluruh terhadap semua lif dan memperkukuhkan sistem penyelenggaraan dan pengurusan keselamatan kami,” kata syarikat itu.

Syarikat itu berkata bahawa pemegang tiket awal untuk 23 Februari, cuti umum, akanmenerima pembayaran balik. - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg