Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA SINGAPURA

200 diizin masuk stadium, pertama kali sejak 14 Mac

Dec 03, 2020 | 05:30 AM



PENONTON akan dibenarkan menyaksikan perlawanan Liga Perdana Singapura antara Tampines Rovers dengan Geylang International di Our Tampines Hub (OTH) pada lusa nanti, kali pertama penonton dibenarkan di stadium sejak 14 Mac.



Seramai 200 penonton - 150 bagi pasukan tuan rumah dan 50 bagi pasukan yang bertandang - akan dibenar memasuki stadium pada Sabtu itu, yang juga hari terakhir musim ini.



Dalam kenyataannya semalam, Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) berkata perlawanan tunggal itu adalah ujian rintis untuk memastikan protokol logistik dan pergerakan yang wajar boleh dinilai dan dilaksana dengan selesa.



Keputusan itu dibuat selepas mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) serta Kementerian Kesihatan (MOH) kata FAS.



Tiga lagi perlawanan dijadual berlangsung pada hari yang sama, tetapi FAS tidak menyatakan sebab ia memilih perlawanan derbi Timur bagi ujian rintis tersebut.



Menurut FAS, perkembangan itu berlaku kerana kemajuan yang dialami sejak SPL disambung semula pada 17 Oktober.



Ini termasuk pelaksanaan protokol menyeluruh, ujian swab mandatori dua minggu sekali bagi seua pemain dan pegawai perlawanan kata FAS.



Tiada kes positif Covid-19 telah dijejaki ke atas pemain atau kakitangan SPL sejak liga disambung semula



Presiden FAS Lim Kia Tong berkata hasil ujian rintis yang berjaya penting bagi FAS meneroka kemungkinan membenarkan penyokong kembali ke stadium bagi musim depan.



"Meskipun penyokong masih boleh mengikuti perlawanan menerusi siaran langsung, ia tidak sama dengan bersorak di stadium," kata Encik Lim.



Penyokong yang ingin menyaksikan perlawanan itu harus membeli tiket secara dalam talian di www.fas.org.sg/tickets dan menjalani ujian pantas antigen (ART) bagi Covid-19 di OTH setibanya di sana.



Mereka akan diberikan pilihan waktu menjalani ujian antara 2.15 petang dengan 4.15 petang dan dinasihatkan supaya tiba di stadium sekurang-kurangnya 15 minit lebih awal.



Perlawanan antara Geylang dengan Tampines dijadual bermula 5.30 petang.



Kos ujian ditanggung dan penyokong tidak perlu membayar apa-apa jika mereka menunjukkan bukti pembelian tiket perlawanan dan dokumen pengenalan.



Hasil ujian dijangka diketahui dalam masa 30 minit.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >