Premium
200 wanita pamer gaya hidup sihat melalui acara larian
Oct 11, 2017 | 5:30 AM

ACARA LARIAN: Dr Janil (berkemeja-T hijau) memulakan acara larian Women of Wellness (Wow) Run 2017 anjuran Kelab Sihat MAECChics daripada Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Balai Rakyat Punggol Vista. - Foto ZALEHA ABDUL KADER -
CUACA mendung kembali cerah bagi membolehkan 200 wanita berlari-lari anak sepanjang 7.7 kilometer di Punggol Waterway pagi semalam.
Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan) yang juga Anggota Parlimen GRC Pasir Ris-Punggol, Dr Janil Puthucheary, memulakan acara larian Women of Wellness (Wow) Run 2017 anjuran Kelab Sihat MAECChics daripada Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Balai Rakyat Punggol Vista itu.

