Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Peminat kehilangan dua legenda

Dec 27, 2020 | 5:30 AM
MARADONA (atas) DAN KOBE BRYANT
MARADONA (atas) DAN KOBE BRYANT -

Tahun 2020 menandakan tahun mencabar bagi para atlet dan penggiat sukan dengan pandemik Covid-19 memaksa banyak pertandingan sukan di serata dunia ditunda atau dibatalkan sejak Mac lalu. Beberapa bulan kemudian, keadaan koronavirus menjadi lebih terkawal, dengan persaingan dalam liga-liga utama sukan disambung semula. Namun, ia diadakan dalam norma baru termasuk pemain beraksi di stadium kosong tanpa penonton dan mematuhi langkah jarak selamat. Menjelang tahun baru 2021, BERITA MINGGU menyingkap detik pahit manis sukan sepanjang tahun ini.

TAHUN 2020 menyaksikan pemergian legenda sukan.

Legenda bola sepak Diego Maradona menghembuskan nafas terakhirnya bulan lalu, akibat serangan jantung. Penyerang asal Argentina itu berusia 61 tahun.

Maradona memimpin Argentina meraih kejuaraan Piala Dunia 1986 apabila menjaringkan gol dengan tangan semasa menentang England.

Pengakuan Maradona mengenai gol itu menimbulkan gelaran gol 'Hand of God' yang melekat sehingga hari ini.

Argentina berkabung selama tiga hari bagi memperingati legenda bola sepak itu.

Seorang lagi legenda, pemain bola keranjang Amerika Syarikat Kobe Bryant, 41 tahun, meninggal dunia Januari lalu.

Bryant dan anak perempuannya, 13 tahun, terbunuh dalam nahas helikopter di luar Los Angeles yang juga meragut tujuh lagi nyawa.

Ikon pasukan LA Lakers itu adalah juara lima kali NBA dalam kerjaya yang bermula sejak 1996 setelah beliau tamat sekolah menengah.

Beliau juga pemenang pingat emas dua kali Sukan Olimpik, membantu skuad Amerika merangkul kejuaraan pada 2008 dan 2012.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg