Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

$22 juta untuk Kieran Trippier sertai Newcastle

Jan 6, 2022 | 5:30 AM
PULANG KE ENGLAND: Pemain pertahanan England, Kieran Trippier (kanan), bakal menyertai Newcastle dari Atletico Madrid. Beliau menjadi pemain pertama yang akan dibeli kelab EPL itu di bawah pengurusan baru. - Foto EPA-EFE
PULANG KE ENGLAND: Pemain pertahanan England, Kieran Trippier (kanan), bakal menyertai Newcastle dari Atletico Madrid. Beliau menjadi pemain pertama yang akan dibeli kelab EPL itu di bawah pengurusan baru. - Foto EPA-EFE -

LONDON: Newcastle telah bersetuju dengan bayaran £12 juta ($22 juta) serta tambahan dengan Atletico Madrid bagi pemain pertahanan England, Kieran Trippier.

Pemain berusia 31 tahun itu bakal menjadi pemain pertama Newcastle di bawah pemilik baru Saudi - dan pertama buat pengurus baru Eddie Howe sejak beliau mengambil alih tugas pada November lalu.

Trippier, yang menyertai kelab La Liga, Atletico pada 2019 dari Tottenham dengan bayaran £20 juta, akan menjalani pemeriksaan perubatan pada hari Rabu.

Beliau bakal bersatu semula dengan Howe, yang menandatanganinya semasa di Burnley.

Trippier telah membuat 83 penampilan untuk kelab Sepanyol itu, yang memenangi La Liga musim lalu.

Pemain pertahanan itu adalah sebahagian daripada pasukan England yang mara ke final Euro 2020 musim panas lalu.

Newcastle kini menduduki tangga kedua terbawah Liga Perdana England (EPl), setelah memenangi hanya satu perlawanan liga sepanjang musim.

Mereka seterusnya beraksi lusa, di padang sendiri menentang Cambridge United dalam pusingan ketiga Piala FA, sebelum menerima kunjungan Watford dalam aksi liga pada 15 Januari nanti. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg