Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN PARA ASEAN 2023

26 atlet dipilih wakil negara ke Kemboja

Apr 05, 2023 | 05:30 AM



SERAMAI 26 atlet para bakal mewakili Singapura dalam Sukan Para Asean (APG) 2023 di Phnom Penh, Kemboja pada 3 hingga 9 Jun.



Kontinjen negara bagi edisi ke-12 temasya sukan Asia Tenggara itu telah dipilih dan diumumkan Majlis Paralimpik Kebangsaan Singapura (SNPC) pada Selasa.



Antaranya, mereka terdiri daripada pemenang pingat perak Sukan Komanwel 2022 dan pemenang dua pingat emas Sukan Para Asia 2018, Toh Wei Soong, dan adik-beradik Sophie dan Colin Soon, yang setiap seorang menang emas di APG 2022 (renang); atlet Paralimpik Nur'Aini Yasli (powerlifting); dan pemenang pingat emas APG 2022 Diroy Noordin (olahraga).



Ini merupakan kali pertama Kemboja menjadi tuan rumah bagi acara dwitahunan itu, yang akan berlangsung beberapa minggu selepas Sukan SEA pada 5-17 Mei.



Ia akan menampilkan 13 sukan, dan sukan elektronik, atau e-sukan, sebagai sukan pertunjukan.



Skuad Singapura akan beraksi dalam enam sukan - iaitu olahraga, badminton, boccia, 'powerlifting', renang dan tenis meja.



Dalam edisi terakhir APG di Solo, Indonesia pada Ogos 2022, atlet para Team Singapore menggondol sejumlah 28 pingat - tujuh emas, sembilan perak dan 12 gangsa.



Di Kemboja, kontinjen APG negara akan diterajui Chef-de-Mission, Erynne Lim.



Beliau adalah seorang ahli lembaga SNPC.



"Ia adalah penghormatan besar untuk memimpin atlet kita di Sukan Para Asean. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada atlet kerana terpilih dan saya yakin bahawa mereka akan mengibarkan bendera Singapura dengan tinggi.



"Saya mengucapkan maju jaya kepada mereka ketika mereka memasuki peringkat akhir dalam persiapan untuk temasya sukan itu," kata Lim.



Pemain Boccia, Toh Sze Ning, yang memenangi pingat perak dalam acara BC3 Wanita Individu dan emas dalam Pasangan Campuran BC3 pada APG ke-11, pula telah dilantik sebagai pembawa bendera.



"Ini adalah kali kelima saya mewakili Singapura di Sukan Para Asean dan saya amat gembira dan berbesar hati kerana terpilih sebagai pembawa bendera," kata Sze Ning.



"Saya akan terus buat yang terbaik dan berharap untuk membawa kegemilangan kepada Singapura sekali lagi dan membanggakan warga Singapura."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >