Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

XI PASUKAN IMPIAN BALLON D'OR

3 Bintang terharu

Dec 16, 2020 | 05:30 AM



BUENOS AIRES: Lionel Messi, Ronaldo dan Cristiano Ronaldo berkata kelmarin mereka rasa terharu disenaraikan dalam pasukan terhebat sepanjang masa oleh bola sepak Perancis.



Setelah anugerah tahunan bagi pemain bola sepak terbaik di dunia Ballon d'Or dibatalkan akibat pandemik koronavirus, majalah mingguan itu sebaliknya mengumumkan pasukan terbaik kesebelasan utama dalam sejarah, menerusi undian wartawan daripada 170 negara dan wilayah.



"Bagi saya, ia adalah satu penghargaan disenaraikan dalam kesebelasan utama pasukan Impian Ballon d'Or," kata Messi, yang memenangi Ballon d'Or buat rekod enam kali, dalam satu pos di Instagram.



"Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana memilih saya dan juga mengucapkan tahniah kepada semua pemain yang terpilih...dan semua calon dalam senarai itu, mereka adalah yang terhebat."



Seperti dijangkakan, barisan terhormat termasuk pemenang Piala Dunia tiga kali Brazil, Pele dan legenda Argentina Diego Maradona, yang meninggal dunia bulan lalu akibat serangan jantung.



Pasukan itu juga termasuk penjaga gol Russia Lev Yashin; pemain pertahanan Brazil Cafu, Franz Beckenbauer dari Jerman, Paolo Maldini dari Italy; dan pemain midfield Sepanyol Xavi dan Lothar Matthaus dari Jerman.



Ronaldo, pemenang dua kali Piala Dunia dan penerima anugerah dua kali Ballon d'Or, meluahkan rasa bangga dinamakan yang terbaik di posisi nombor 9.



"Ia adalah satu penghormatan untuk dipilih sebagai penyerang tengah terbaik sepanjang masa dalam Pasukan Terbaik oleh Bola Sepak Perancis," kata Ronaldo di Instagram.



"Saya memberi segalanya kepada bola sepak dan mencapai cita-cita saya. Tidak kira apa cabaran yang saya hadapi dan kecederaan yang harus saya atasi, saya sentiasa fokus untuk mencapai ke mana yang saya ingin berada."



Bintang Juventus Cristiano Ronaldo, yang memenangi Ballon d'Or lima kali, berkata: "Saya sangat berbesar hati untuk menjadi sebahagian pasukan kesebelasan utama bola sepak Perancis. Pasukan Impian yang luar biasa. Mereka semua berhak mendapat penghormatan dan kekaguman saya dan saya bangga menjadi antara pemain luar biasa seperti itu. Terima kasih!" - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >