Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

30 pesilat wakili harapan negara di Kejohanan Pencak Silat Dunia

Jul 11, 2022 | 04:05 PM



MENGIBARKAN bendera negara sekali lagi.

Itulah yang pasti menjadi matlamat setiap daripada 30 pendekar dan srikandi silat negara yang akan berjuang di Kejohanan Pencak Silat Dunia yang akan berlangsung di Melaka International Trade Centre (MITC) dari 27 hingga 31 Julai.

Di antara 30 pesilat negara yang akan masuk gelanggang akhir bulan ini, 14 daripada mereka akan bertanding buat kali pertama dalam kejohanan tersebut.

Edisi ke-19 kejohanan terbesar silat itu dijangka menarik penyertaan lebih 1,000 pesilat dari lebih 30 negara.

Mereka akan bertarung dan bersaing bagi merebut gelaran juara dunia.

Sabtu lalu, para pesilat negara yang dibimbing Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persekutuan Silat Singapura (Persisi), Sheik Alau’ddin Yacoob Marican, berkumpul di Dewan 4 OCBC Arena di Hab Sukan Singapura bagi upacara simbolik mengibarkan bendera negara sebelum mereka berangkat ke Melaka pada 23 Julai untuk mewakili negara di kejohanan berprestij itu nanti.

Upacara yang menyuntik semangat setiap pesilat itu turut dihadiri oleh tetamu terhormat Encik Lim Ah Boy, pemilik bengkel motosikal yang telah menyumbang dana kepada Persisi dan Presiden Persisi, Encik Mohd Yasrin Mohd Yasil.

Bagi pesilat negara Muhammad Iqbal Abdul Rahman, 28 tahun, yang akan berganding dalam acara seni putra, hasrat untuk mempertahankan pingat emasnya dua tahun lalu pada Ogos 2020 tidak kesampaian kerana ditunda akibat penularan pandemik Covid-19.

Namun setelah sekian menanti, semangatnya untuk bertarung kian berkobar-ko

bar dan sasarannya kali ini ialah untuk menjadi juara sekali lagi.

“Tentunya kejohanan dunia ini merupakan antara kejohanan silat yang saya nanti-nantikan.

“ Ini merupakan satu pertandingan besar dan ini kali keenam saya akan mengambil bahagian dalam kejohanan dunia ini,” kata beliau yang telah menyertai pertan

dingan silat sejak berumur lapan tahun.

Sekalipun pesilat Nadhrah Shahrin, 18 tahun, akan tampil di medan terbesar buat kali pertama untuk bertanding dalam Kelas A (45-50 kilogram), beliau tetap bersemangat dan melahirkan harapan dapat menempuh cabaran ini dengan kenangan manis.

“Memang gemuruh juga rasanya kerana ini adalah kejohanan paling besar bagi saya tetapi pada masa yang sama, saya teruja dipilih mewakili negara.

“Ini adalah gandingan pertama saya di peringkat tertinggi, jadi saya tidak mahu meletakkan jangkaan yang boleh menjadi beban kepada saya terutama sekali kerana saya akan menentang pesaing yang lebih berpengalaman tetapi saya akan memberikan yang terbaik dan mendapatkan lebih pengalaman untuk meningkatkan kemahiran saya,” ujar pelajar tahun dua Politeknik Republik itu yang telah bergiat dalam sukan silat selama sembilan tahun.

“Mengulas tentang persediaan skuad, Sheik Alau’ddin berkata beliau menetapkan harapan mereka mencapai kejayaan dan membawa pulang pingat emas bagi Singapura.

“Pasukan Singapura telah membuat persediaan yang sepenuhnya. Para atlet telah berlatih bersungguh-sungguh dengan fokus sejak mereka pulang dari Sukan SEA dan harapan saya sudah tentu sekali untuk para atlet membawa pulang pingat emas bagi setiap pertandingan,” ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >