Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

4 calon pengganti Aguero di Manchester City

Apr 03, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Pengurus Manchester City Pep Guardiola sasar Erling Braut Haaland sebagai pengganti Sergio Aguero - tetapi mempunyai pilihan lain jika beliau terlepas mendapat pemain Norway itu, dan ia termasuk kapten England Harry Kane.



Isnin lalu, ia diumumkan Aguero, penjaring gol terbanyak City, akan meninggalkan kelab pada hujung musim ini.



Guardiola sudah lama mempunyai rencana membawa masuk seorang penyerang baru, yang bermakna Aguero dijangka akan memiliki kurang waktu bermain berbanding yang diberikan baru-baru ini.



Keputusan akhir mengenai masa depan pemain Argentina itu menjadikan ia jelas untuk City mencari pengganti.



Dan tidak kira siapa mereka akhirnya menandatangani, ia akan menjadi salah satu perjanjian terbesar musim panas ini.



HAALAND SASARAN NOMBOR SATU



Tidak hairanlah Haaland, 20 tahun, ditempatkan di tangga teratas senarai harapan Guardiola.



Penyerang Norway dan Borussia Dortmund itu telah menjadi pemain muda nombor sembilan paling direbut di Eropah hasil jumlah golnya yang banyak dan beliau akan sasar untuk menambah jumlah itu menentang City dalam suku akhir Liga Juara-Juara.



Hanya penyerang Bayern Munich yang prolifik, Robert Lewandowski telah menjaringkan lebih banyak gol berbanding 21 jaringan Haaland dalam Bundesliga musim ini.



Awal bulan ini, Haaland mencapai 20 gol Liga Juara-Juara dalam hanya 14 penampilan.



Namun, menandatangani Haaland tidak semudah yang difikirkan.



Ejen beliau yang kontroversial, Mino Raiola, seakan mencadangkan bahawa penyerang itu akan berpindah musim panas ini.



Dalam wawancara bersama Athletic baru-baru ini, beliau menceritakan satu kisah mengenai seorang pemain yang tidak disebut nama, yang bersama ibu bapanya, memutuskan untuk kekal dengan kelabnya meskipun terdapat minat daripada kelab lain.



Pemain itu kemudian mengalami dua kecederaan ligamen, yang hampir-hampir menamatkan kerjayanya.



"Kadang kala bola sepak adalah kereta api yang melintas," katanya.



"Anda boleh kata 'mari ambil kereta api seterusnya'. Tetapi, kadang kala kereta api seterusnya tidak muncul."



Namun, terdapat beberapa sebab mengapa ia lebih tepat untuk melakukan pemindahan pada musim panas 2022.



Kontrak Haaland di Dortmund tidak berakhir sehingga 2024, walaupun ia difahamkan mengandungi klausa pelepasan £64 juta ($118 juta) yang boleh diaktifkan tahun depan.



Tambahan itu, kekangan kewangan di Barcelona dan Real Madrid bermakna dua destinasi berpotensi paling menarik itu mungkin tidak akan bersaing untuk mendapat tandatangan Haaland pada musim panas ini.



Meskipun itu, sekiranya Haaland meninggalkan kelab, Chelsea dan Manchester United akan mahu terus mengikuti perkembangannya dan tiada jaminan City adalah tempat beliau akhirnya akan bermain, walaupun bapanya, Alfie, pernah menyarung jersi mereka.



Dalam wawancara bersama editor sukan BBC Dan Roan Februari lalu, Raiola berkata: "Hanya maksimum 10 kelab mampu membeli [Haaland] dan memberi platform yang anda mahu selepas anda berada di Dortmund...dan empat kelab itu berada di [England]."



APA PILIHAN LAIN?



Masa depan Kane menjadi perdebatan besar.



Prestasi Spurs kelihatan telah mundur di bawah Jose Mourinho dan, pada usia 27 tahun, masa semakin suntuk untuk kapten England itu memenangi kejuaraan besar bola sepak.



Namun, Tottenham berdepan City dalam final Piala EFL di Wembley pada 25 April ini dan mereka mungkin akan dapat mengakhiri penantian selama 13 tahun mereka untuk menjulang kejuaraan besar.



Seperti Haaland, kontrak Kane tidak akan tamat sehingga 2024.



Bekas penyerang Manchester United Romelu Lukaku mungkin lebih mudah untuk ditandatangani memandangkan masalah kewangan yang dihadapi syarikat induk Inter Milan dari China, Suning.



Rakan sepasukan kelab Lukaku, Lautaro Martinez juga disebut sebagai sasaran, meskipun beliau tidak biasa bermain posisi nombor sembilan.



CITY TUNJUKKAN KEKUATAN KEWANGAN



Ia kurang lima bulan sejak Guardiola menandatangani kontrak baru bersama City yang menempatkan beliau di kerusi panas kelab itu sehingga 2023.



Apabila perjanjian baru itu diumumkan, City berada di pertengahan musim Liga Perdana dan pembangunan semula skuad dijangka diperlukan.



Namun, City kini mempunyai jarak 14 mata mendahului tangga liga dan kemungkinan merangkul empat kejuaraan yang tidak pernah berlaku dalam semusim semakin hangat diperkatakan.



Guardiola telah menjumpai formula kemenangan yang tidak memerlukan penyerang utama dan kekuatan skuadnya tampak melebihi keupayaan mana-mana saingan sama ada domestik atau di Eropah.



Tetapi, bekas bos Barcelona dan Bayern Munich itu mempunyai semangat tidak pernah puas mencapai kesempurnaan.



Meskipun dengan ada Kevin de Bruyne, Phil Foden, Riyad Mahrez dan Raheem Sterling, beliau aktif mencari pilihan pemain kreatif.



Ini termasuk kapten Aston Villa Jack Grealish dan bintang Barcelona Lionel Messi. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >