Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

427 atlet S’pura ke Sukan SEA Hanoi; Sheik Farhan dipilih julang bendera

Apr 27, 2022 | 11:26 AM



Singapura akan diwakili 427 atlet dalam 33 sukan di edisi ke-31 Sukan SEA di Hanoi, Vietnam, bulan depan, yang ditunda daripada tarikh asal iaitu Disember 2021, akibat pandemik Covid-19. 



Jumlah ini kurang daripada 476 atlet yang diumumkan Majlis Kebangsaan Olimpik Singapura (SNOC) sebelumnya pada awal Mac lalu. Senarai itu termasuk atlet yang dinamakan Persatuan Sukan Nasional (NSA) namun belum dipilih untuk menyertai skuad akhir bagi Sukan SEA 2022.



Sebanyak 526 acara daripada 40 sukan akan dipertandingkan di Vietnam, iaitu kali kedua negara tersebut menjadi tuan rumah sejak penampilan pertamanya pada 2003.



Daripada kontinjen Singapura tahun ini, 243 atlet bakal diperkenalkan kepada pentas temasya sukan Asia Tenggara itu buat julung-julung kalinya.



Ini termasuk atlet terjun, Max Lee, 14 tahun, yang menjadi anggota termuda dalam pasukan. Juara dunia billiard Peter Gilchrist adalah atlet paling senior Singapura di usia 54 tahun.



Di satu sidang media bagi kontinjen Team Singapore di Sukan SEA Hanoi pada Rabu (27 April), juara dunia tiga kali silat Sheik Farhan Sheik Alau’ddin turut diumumkan sebagai pembawa bendera Singapura di Sukan SEA kali ini.



Atlet bola tangan pantai negara akan memulakan kempen Team Singapore di Hanoi pada 6 Mei. Sukan SEA 2022 akan membuka tirainya secara rasmi pada 12 Mei apabila majlis pembukaannya diadakan dan dijangka berakhir pada 24 Mei.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >