Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:09
Isyak
8:23

5 detik manis

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

SUKAN SEA VIETNAM

5 detik manis

Kemenangan yang dinanti akhirnya dalam genggaman, sejarah baru juga berjaya dicipta. BERITA HARIAN menyenaraikan lima detik manis atlet Team Singapore dalam edisi ke-31 Sukan SEA di Hanoi, Vietnam.
May 23, 2022 | 05:30 AM

MUHAMMAD IQBAL ABDUL RAHMAN (SILAT)

Setelah lima kali gagal, Iqbal, 28 tahun, akhirnya berjaya menggenggam pingat emas dalam penyertaan keenam beliau di Sukan SEA.

Juara dunia itu menewaskan pesilat Thailand, Ilyas Sadara, untuk merangkul pingat emas dalam final seni tunggal putera.

Kemenangan pingat emas itu juga adalah emas pertama daripada atlet Singapura di temasya Sukan SEA Hanoi ini.

SHANTI PEREIRA (LARIAN PECUT)

Wanita terpantas Singapura Shanti Pereira menunjukkan kehebatannya di Hanoi apabila menggondol pingat emas dalam acara larian pecut 200 meter wanita dengan masa 23.52 saat.

Kemenangan itu lebih manis buat Shanti, 25 tahun, yang bukan hanya mengulangi persembahan pingat emasnya di Sukan SEA 2015 di Singapura, tetapi juga memecah rekod nasional, 23.60 saat, yang dicatatnya pada edisi itu.

LAWAN PEDANG

Pelawan pedang Singapura mencipta beberapa sejarah dalam gelanggang saingan Sukan SEA Hanoi.

Pasukan, yang diwakili oleh Kiria Tikanah, Elle Koh, Victoria Lim dan Rebecca Ong, meraih pingat emas pertama negara dalam acara berpasukan 'epee' wanita.

Pasukan 'epee' lelaki negara, yang merangkumi Simon Lee, Samson Lee, Sito Jian Tong dan Elliot Han, turut merangkul emas bersejarah dalam acara itu.

Jonathan Au Eong, 21 tahun, pula menghasilkan emas sulung Singapura dalam acara individu 'foil' lelaki untuk mengatasi dua perak yang dimenangi pada 1989 dan 1991.

BOLA SEPAK WANITA

Pasukan bola sepak wanita Singapura mencipta sejarah apabila mencatat kemenangan pertama mereka dalam Sukan SEA sejak 1985.

Gol kemenangan pemain midfield Nur Izzati Rosni pada minit ke-94 cukup untuk membantu Singapura mengalahkan Laos 1-0 di Stadium Cam Pha.

Temasya Sukan SEA Vietnam adalah penampilan pertama pasukan bola sepak wanita negara dalam Sukan SEA sejak 2003.

NURUL SUHAILA MOHD SAIFUL (SILAT) 

Setelah terkandas di separuh akhir dalam tiga penyertaan Sukan SEA lalu, Nurul Suhaila Mohamed Saiful akhirnya bukan lagi 'ratu gangsa'.

Suhaila, 27 tahun, meraih pingat emas sulungnya di Sukan SEA Hanoi, selepas menewaskan Siti Shazwana Ajak dari Malaysia 30-22 dalam final acara tanding puteri kelas E (65-70kg).

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3