Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PEMERGIAN PELE

5 fakta menarik tentang Pele

Dec 31, 2022 | 05:30 AM



DIANGGAP oleh ramai sebagai pemain bola sepak terhebat sepanjang zaman, legasi Pele telah lama memberi inspirasi kepada dunia sebelum pemain seperti Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo menjadi ikon ternama. Berita Harian menyenaraikan lima fakta mengenai legenda Brazil itu yang meninggal dunia kelmarin pada usia 82 tahun setelah bertarung dengan barah kolon.



1. DINAMAKAN SEMPENA PENCIPTA THOMAS EDISON



Nama sebenarnya ialah Edson Arantes do Nascimento, dinamakan sempena pencipta bal lampu Thomas Edison berikutan pengenalan elektrik ke kampung halamannya ketika beliau dilahirkan.



Walaupun beliau kini dikenali sebagai Pele, beliau tidak menyukai nama panggilannya. Dalam satu artikel Guardian pada 2006, Pele menulis: "Saya fikir Pele berbunyi teruk. Ia adalah nama sampah. Edson berbunyi lebih serius dan penting."



Beliau diberi nama panggilan Pele semasa kecil, selepas beliau salah menyebut nama salah seorang rakan sepasukan bapanya - Vasco de Sao Lourenco, seorang penjaga gol yang dikenali sebagai "Bile".



2. SECARA TIDAK RASMI JARINGKAN 1,283 GOL PROFESIONAL



Jumlah gol Pele hingga hari ini merupakan topik menimbulkan kontroversi. Walaupun Data Penjaring Prolifik mendakwa beliau hanya menjaringkan 778 gol - jumlah yang hanya diatasi oleh Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo - Pele memegang Rekod Dunia Guinness untuk jumlah gol terbanyak yang dijaringkan dalam kerjaya bola sepak, iaitu 1,279.



Pertikaian itu muncul dari banyak perlawanan persahabatan yang dimainkan Pele semasa jelajah bersama Santos, yang menyebabkan ketidakpastian.



Pele sendiri menyuarakan kontroversi itu pada 2015, dengan mengisytiharkan jumlah sebenar ialah 1,283.



3. PIMPIN BRAZIL MENJUARAI PIALA DUNIA PERTAMA MEREKA



Pada 1958, Pele menjaringkan enam gol dalam empat perlawanan untuk membimbing Brazil merangkul kemenangan Piala Dunia sulung mereka. Beliau juga menjadi pemenang pertama dan yang termuda Anugerah Pemain Muda Terbaik Fifa dalam kejohanan itu pada usia 17 tahun.



Beliau kekal sehingga hari ini sebagai satu-satu pemain bola sepak untuk menang Piala Dunia tiga kali. Menariknya, Pele terpaksa menghentikan kerjayanya selepas kejayaan Piala Dunia beliau dan berkhidmat dalam tentera selama enam bulan.



4. DIBESARKAN DALAM KEMISKINAN



Pada usia 6 tahun, Pele mengilat kasut dan menjual kacang panggang di luar panggung wayang. Beliau mengasah teknik menggelecek dan kawalan bola dengan stokin yang disumbat kain buruk kerana keluarganya tidak mampu membeli bola.



Beliau juga bermain berkaki ayam dan dikenali membentuk sebuah pasukan yang dipanggil "Yang Tanpa Kasut". Permainan berkaki ayam di Brazil dimainkan di tempat lapang, yang dikenali sebagai "pelada", dipercayai dinamakan sempena Pele.



5. TIDAK PERNAH MENANG BALLON D'OR



Walaupun pencapaiannya sangat besar, Pele tidak pernah memenangi anugerah pemain terbaik dunia yang terkenal, Ballon d'Or, semasa hari bermainnya kerana sebelum 1995 anugerah itu hanya dikhaskan untuk pemain Eropah.



Beliau kemudiannya dianugerahkan anugerah kehormat Ballon d'Or oleh Fifa pada 2014.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >