Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

5 kelab terkenal Eropah bakal hangatkan festival bola sepak Julai

May 17, 2023 | 05:30 AM



PARA peminat bola sepak di Singapura boleh menjangkakan kehadiran lima kelab terkenal Eropah - Liverpool, Bayern Munich, Roma, Tottenham dan Leicester City - beraksi di sini sempena Festival Bola Sepak Singapura yang akan berlangsung buat julung kalinya.



Pesta selama seminggu itu akan diadakan di Stadium Negara Hab Sukan Singapura bermula dengan Piala Tiger antara Tottenham dengan Roma pada 26 Julai.



Liverpool kemudian akan menentang Leicester sempena Trofi Standard Chartered Singapura pada 30 Julai sebelum mengakhirinya dengan perlawanan menentang Bayern Munich sempena Trofi Singapura pada 2 Ogos - hanya 10 hari sebelum bermulanya musim terbaru Liga Perdana England.



Ini merupakan tahun kedua berturut-turut Liverpool berada di Singapura selepas mereka mengalahkan Crystal Palace 2-0 di hadapan sekitar 50,000 peminat pada Julai 2022.



Sementara itu kali terakhir pasukan hebat Jerman, Bayern Munich, bermain di sini adalah semasa Piala Juara-Juara Antarabangsa (ICC) pada 2017, sementara Tottenham pula kali terakhir di sini pada 2019.



Namun, ini merupakan lawatan pertama Roma dan Leicester ke Singapura.



Pemain legenda Tottenham, Gary Mabbutt, 61 tahun, yang bermain untuk kelab itu dari 1982 hingga 1998, berkata: "Ini merupakan lawatan kedua kami sejak empat tahun lalu.



"Ia menunjukkan betapa kami hargai lawatan kami ini dan pastinya pendekatan kami dengan para peminat.



"Lawatan pramusim biasanya berbeza. Para pemain akan memberikan tumpuan sepenuhnya sebagai persiapan permulaan musim.



"Maka ia merupakan lawatan penting buat kami seperti juga perlawanan yang akan kami sertai.



"Kali terakhir kami ke mari adalah semasa menentang Juventus di Stadium Negara apabila Harry Kane jaringkan gol dari separuh padang yang merupakan kemenangan masa kecederaan.



"Sudah pasti kami harapkan perlawanan hebat sebegitu dan gol-gol jaringan menarik daripada Harry Kane."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >