Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

5 pemain boleh ganti Ronaldo di MU

Cristiano Ronaldo dikatakan telah melahirkan keinginannya kepada Manchester United untuk meninggalkan kelab tersebut pada musim panas ini. Pemain berusia 37 tahun itu kecewa kurangnya semangat yang dipaparkan oleh United untuk memperkukuh skuad dan mahu berpindah ke kelab di mana beliau boleh bertarung untuk trofi. Manchester United tergelincir ke tempat keenam dalam Liga Perdana musim lalu dan tidak akan beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah dalam kempen akan datang. Di bawah ada senarai lima pemain yang boleh menggantikan Ronaldo.
Jul 12, 2022 | 05:30 AM



Neymar Jr (PSG)



PARIS SAINT-GERMAIN secara mengejut bersedia menjual Neymar Jr pada musim panas ini pada harga yang sesuai. Mereka telah membeli Neymar dari Barcelona pada musim panas 2017 dengan rekod dunia bernilai £197 juta ($330.91 juta).



Menurut laporan, ejen Neymar dilaporkan telah menghubungi Manchester United berhubung potensi perpindahan musim panas ini.



Pemain Brazil itu adalah penyerang bertaraf dunia dan boleh menjadi sumbangan hebat kepada Manchester United. Bagaimanapun, kontraknya bersama PSG diikat hingga 2027 dan berkemungkinan besar boleh merugikan 'The Red Devils'.



Ia juga boleh menjadi pembelian yang sensasi kerana Neymar pasti boleh beraksi bagi beberapa musim lagi di peringkat tertinggi.



Robert Lewandowski (Bayern Munich)



DENGAN hanya tinggal satu tahun saja kontrak dengan Bayern Munich, Robert Lewandowski tidak menyembunyiakn hasratnya untuk meninggalkan kelab itu pada musim panas ini. Beliau telah dikaitkan dengan Barcelona tetapi kelab Bavaria itu ber keras dan berminat untuk mengekalkan penyerang Poland itu untuk setahun lagi.



Manchester United boleh menjadi destinasi hebat untuk Lewandowski tetapi kemarau Liga Juara-Juara boleh menjadi penghalang utama.



Antony (Ajax)



MANCHESTER UNITED telah berusaha untuk memperkukuh bahagian serangan mereka sejak awal jendela perpindahan musim panas. Kini Ronaldo telah mendedahkan hasratnya mahu meninggalkan kelab itu.



Menurut akhbar The Mirror, pengurus baru Manchester United, Erik ten Hag, menggesa lembaga pengarah supaya memberi kelulusan membeli pemain sayap Ajax, Antony. Pemain muda Brazil itu telah berkembang maju di bawah Ten Hag di Ajax dan secara meluas dianggap sebagai salah satu penyerang paling hebat di Eropah.



Pada musim 2021-22, Antony menjaringkan 12 gol dan menyumbang 12 'assist' dalam 33 penampilan di semua pertandingan bagi pasukan liga Eredivisie itu.



Walau bagaimanapun, Ajax tidak akan membenarkan Antony pergi dengan harga murah dan bertahan dengan harga £70 juta, menurut ESPN.



Victor Osimhen (Napoli)



DAVID ORNSTEIN, wartawan dari laman web The Athletic mendakwa bahawa Napoli adalah antara kelab yang telah menunjukkan minat kepada Ronaldo. Kelab yang digelar 'The Partenopei' itu sudah mempunyai penyerang cemerlang, Victor Osimhen.



Penglibatan pemain berusia 23 tahun itu pada musim 2021-22 terhad kerana kecederaan dan ia memberi kesan buruk kepada cabaran Napoli memburu kejuaraan musim lalu. Dalam 32 penampilan di semua pertandingan, beliau masih berjaya menjaringkan 18 gol dan memberikan enam 'assist'.



Osimhen telah dikaitkan dengan Manchester United pada musim panas ini. The Red Devils juga mungkin ingin membuat perjanjian pertukaran bagi Osimhen dengan Ronaldo menuju ke Naples. 



Serge Gnabry (Bayern Munich)



MENURUT akhbar The Sun, Manchester United berminat untuk mendapatkan pemain sayap Bayern Munich, Serge Gnabry, sebagai pengganti Cristiano Ronaldo. Gnabry dilaporkan telah menolak kontrak £200,000 ($336,000) seminggu di Bayern Munich.



Selepas menolak kontrak baru, Gnabry telah dikatakan berminat untuk keluar dari kelab itu. Selain Manchester United, Manchester City juga dilaporkan berminat dengan pemain antarabangsa Jerman itu.



Dalam 45 penampilan dalam semua pertandingan bagi Bayern Munich pada musim 2021-22, Gnabry menjaringkan 17 gol dan memberikan 10 'assist'.



Seperti yang dilaporkan, Bayern Munich bersedia untuk mempertimbangkan tawaran dalam jumlah £35 juta ($58.79 juta) untuk Gnabry.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >