Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

5 pemain yang mungkin bakal beraksi di EPL musim ini

Tirai musim pemindahan Januari sudahpun dibuka. Beberapa nama pemain terkemuka telah dikaitkan dengan pemindahan ke kelab-kelab Liga Perdana England (EPL). BERITA MINGGU (BM) menyenaraikan
Jan 9, 2022 | 5:30 AM
Ousmane Dembele.
Ousmane Dembele. -

Ousmane Dembele Kelab: Barcelona

PEMAIN Perancis dan Barcelona berusia 24 tahun ini, sehingga kini belum mencapai persetujuan mengenai pembaharuan kontrak dengan kelab La Liga itu sejak beberapa bulan lalu.

Terdapat kemungkinan besar Dembele akan meninggalkan Barcelona pada bulan ini atau pada akhir musim sebagai pemain percuma setelah kontraknya tamat.

Beliau telah dikaitkan dengan beberapa kelab EPL, termasuk Manchester United dan Liverpool. - Foto AFP

Frenkie De Jong Kelab: Barcelona

PENDAHULU liga, Manchester City terbuka dengan peluang untuk membuat pertukaran antara pemain pertahanannya, Aymeric Laporte dengan pemain tengah Barcelona, Frenkie de Jong, menurut laporan di Sepanyol.

Sejak perpindahannya ke Barcelona, De Jong gagal mempamerkan kebolehan sebenarnya bersama kelab Sepanyol itu.

Bagaimanapun, dikhabarkan, pengurus City Pep Guardiola amat meminati pemain antarabangsa Belanda itu yang telah membuat 115 penampilan bersama Barcelona sejak berpindah dari Ajax pada 2019. - Foto AFP

Dusan Vlahovic Kelab: Fiorentina

SEJAK beberapa musim yang lalu, Vlahovic telah menunjukkan persembahan dan prestasi yang cemerlang untuk Fiorentina. Sejauh ini beliau telah menjaringkan 18 gol dalam 22 perlawanan musim ini.

Justeru, ia bukanlah satu kejutan apabila beliau telah dikaitkan dengan banyak kelab terkemuka Eropah termasuk Arsenal dan Tottenham Hotspur.

Kontrak penyerang Serbia berusia 21 tahun itu dengan Fiorentina akan tamat tahun depan, jadi kelab Serie A itu mungkin perlu menjualnya secepat mungkin bagi mengelakkan beliau meninggalkan kelab itu secara percuma. - Foto AFP

Robert Lewandowski Kelab: Bayern Munich

TERDAPAT beberapa laporan yang mengatakan bintang Bayern Munich Lewandowski berminat untuk beraksi di EPL musim ini.

Penyerang Poland berusia 33 tahun itu sekali lagi berjaya menunjukkan prestasi cemerlang musim ini.

Sejauh ini, beliau telah menjaringkan 30 gol dalam 25 penampilan dalam semua pertandingan, sekali gus membuktikan bahawa beliau tidak akan memperlahankan persembahannya dalam masa terdekat.

Manchester United berminat untuk mendapatkan khidmat pemain ini sebelum menandatangani semula Cristiano Ronaldo pada musim panas lalu.

Bagaimanapun, terdapat kemungkinan mereka akan terus mencuba mendapatkan pemain ini bagi musim perpindahan ini. - Foto REUTERS

Erling Haaland Kelab: Borussia Dortmund

PENYERANG Borussia Dortmund Haaland telah menarik minat daripada kelab-kelab di seluruh dunia.

Manchester United, Manchester City, Chelsea dan Barcelona telah dikaitkan dengan perpindahan yang melibatkan pembayaran lumayan bagi bintang Norway ini.

Laporan awal minggu ini menyatakan bahawa City akan melabur semula £55 juta ($101 juta) yang diperoleh daripada penjualan Ferran Torres kepada Barcelona dalam usaha mereka untuk menandatangani Haaland.

Pemain berusia 21 tahun itu telahpun menjaringkan 76 gol dalam 74 penampilan untuk kelab Jerman itu sejak berpindah dari RB Salzburg pada Januari 2020. - Foto REUTERS

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg