Subuh
5:51
Syuruk
7:08
Zuhur
1:12
Asar
4:12
Maghrib
7:16
Isyak
8:24

5 penyerang bakal gegar Stadium Negara

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

PIALA SUZUKI

5 penyerang bakal gegar Stadium Negara

Piala AFF Suzuki, pertandingan bola sepak terbesar di rantau ini akan berlangsung di sini dalam masa kurang seminggu lagi. Ini juga adalah peluang bagi peminat bola sepak setempat menyaksikan aksi hebat pemain-pemain bola sepak terhandal di Asia Tenggara. BERITA HARIAN menampilkan lapan penyerang terbaik yang dijangka menggegarkan Stadium Negara nanti.
Nov 29, 2021 | 05:30 AM

IKHSAN FANDI, 22 tahun
Jerv & Singapura

Bapanya digeruni dan dianggap sebagai antara pemain bola sepak terbaik di rantau ini pada satu masa dahulu. Dan Ikhsan Fandi kembali ke pangkuan pasukan nasional selepas dua tahun tidak kembali ke sini akibat Covid-19. Namun, di Norway, beliau juga sibuk menempah nama sebagai penyerang yang boleh diharap. Dalam dua musim bermain di sana, beliau telah menjaringkan 13 gol bagi dua kelab Raufoss dan Jerv. Ikhsan dijangka mengetuai barisan depan Singapura di Piala AFF Suzuki minggu depan dan beliau telah bersedia.

NGUYEN QUANG HAI, 24 tahun
Hanoi & Vietnam

Pemain muda ini juga adalah ayam tambatan bagi Vietnam dan beliau telah dikaitkan dengan beberapa kelab di Liga Jepun dan di Eropah. Malah, pada 2018, beliau dipilih oleh sebuah panel wartawan dan pemerhati bola sepak dalam senarai 15 pemain bola sepak terbaik di Asia. Pantas dan cekap mengawal bola, Quang Hai mempunyai kaki kira berbahaya yang boleh memporak-perandakan benteng lawan.

TEERASIL DANGDA, 33 TAHUN
BG Pathum United & Thailand

Thailand, pasukan paling berjaya dalam pertandingan ini, akan dipimpin oleh penyerang veteran dan kapten pasukan Teerasil Dangda. Teerasil memiliki pengalaman beraksi di kelab-kelab England, Switzerland, Sepanyol dan Jepun. Beliau juga merupakan penjaring gol terbanyak Piala Suzuki pada 2008, 2012 dan 2016 - tahun di mana Thailand menang trofi kejuaraan kelima mereka. Pemain Singapura Irfan Fandi mungkin boleh merumuskan dengan lebih baik ciri-ciri yang menjadikan pemain ini begitu handal kerana kededuanya adalah rakan sepasukan yang beraksi dalam liga utama di Thailand.

MAUNG MAUNG LWIN, 26 tahun
Yangon United & Myanmar

Kapten pasukan Myanmar ini serba berpengalaman walaupun baru berusia 26 tahun dan pernah mewakili negaranya di Piala Dunia Bawah 20 tahun yang dianjurkan Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa).

Kematangannya bermakna beliau telah dipilih menjadi kapten pasukan Myanmar dan beliau adalah antara pemain pertama yang disenaraikan dalam kesebelasan utama oleh jurulatih Antoine Hey.

SAFAWI RASHID, 29 tahun
Johor Darul Takzim & Malaysia

Beliau tidak perlu diperkenalkan lagi dan dianggap sebagai pemain bertaraf bintang dari seberang Tambak.

Malangnya, form beliau baru-baru ini tidak begitu menyerlah dan kegagalan beliau menjaringkan gol penalti melalui tendangan Panenka semasa JDT menewaskan Sabah pada awal bulan ini menambah perhatian terhadapnya.

Namun, Safawi seorang pemain yang berpengalaman dan jika beliau menemui semula 'form' di Singapura minggu depan, tidak banyak benteng pertahanan yang boleh mengadangnya.


PERLAWANAN PUSINGAN KUMPULAN PIALA SUZUKI AFF 2020

Kumpulan A:

5 Disember, Ahad

- 5.30 petang: Timor-Leste lwn Thailand

- 8.30 malam: Singapura lwn Myanmar

8 Disember, Rabu

- 5.30 petang: Myanmar lwn Timor-Leste

- 8.30 malam: Filipina lwn Singapura

11 Disember, Sabtu

- 5.30 petang: Timor-Leste lwn Filipina

- 8.30 malam: Thailand lwn Myanmar

14 Disember, Selasa

- 5.30 petang: Filipina lwn Thailand

- 8.30 malam: Singapura lwn Timor-Leste

18 Disember, Sabtu

- 5.30 petang: Myanmar lwn Filipina

- 8.30 malam: Thailand lwn Singapura

**Semua perlawanan Kumpulan A akan dimainkan di Stadium Negara.

Kumpulan B:

6 Disember, Isnin

- 5.30 petang: Cambodia lwn Malaysia

- 8.30 malam: Laos lwn Vietnam

9 Disember, Khamis

- 5.30 petang: Malaysia lwn Laos

- 8.30 malam: Indonesia lwn Cambodia

12 Disember, Ahad

- 5.30 petang: Laos vs Indonesia

- 8.30 malam: Vietnam lwn Malaysia

15 Disember, Rabu

- 5.30 petang: Cambodia lwn Laos

- 8.30 malam: Indonesia lwn Vietnam

19 Disember, Ahad

- 8.30 malam: Vietnam lwn Cambodia (Stadium Bishan)

- 8.30 malam: Malaysia lwn Indonesia (Stadium Negara)

**Semua perlawanan Kumpulan B dimainkan di Stadium Bishan kecuali pada 19 Disember.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3