Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK ENGLAND

6 gergasi EPL tarik diri daripada Liga Super

Apr 22, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Semua enam pasukan Liga Perdana England (EPL) telah menarik diri secara rasmi dari Liga Super Eropah (ESL), dua hari selepas projek baru yang dikecam peminat, pemain dan tokoh politik itu diumumkan.



Manchester City kelab pertama menarik diri, selepas Chelsea berkata ia sedang menyediakan dokumen untuk berbuat demikian.



Lagi empat pasukan - Arsenal, Liverpool, Manchester United dan Tottenham Hotspur - menyusuli dengan kenyataan tarik diri masing-masing pada hari yang sama.



ESL 12 pasukan itu diumumkan Ahad lalu dan penganjurnya berharap ia dalam menggantikan Liga Juara-Juara Eropah dan menjadi pertandingan serantau yang paling berprestij di Eropah.



Ia juga menjanjikan tempat dalam pertandingan saban tahun bagi pasukan yang menjadi pengasasnya.



Namun, ekoran tentangan lantang yang dikemukan oleh penyokong, pemain bola sepak dan tokoh politik, enam kelab EPL telah menarik diri.



Semalam, City berkata ia telah memulakan prosedur untuk menarik diri dari ESL.



Liverpool pula berkata penglibatannya dalam ESL tidak akan diteruskan.



United berkata ia memutuskan untuk tidak mengambil bahagian selepas mengambil kira reaksi penyokong, pemerintah Britain dan pihak berkepentingan lain.



Arsenal memohon maaf kepada penyokongnya dalam surat terbuka dan mengaku membuat kesilapan dengan menyertai projek itu.



Pengerusi Spurs Daniel Levy berkata kelab itu menyesali kerisauan dan kekecewaan yang dicetus oleh usulan ESL itu.



Chelsea berkata ia telah memulakan prosedur rasmi untuk menarik diri dari kumpulan yang hanya disertainya pada minggu sebelumnya.



Presiden Persekutuan Persatuan Bola Sepak Eropah (Uefa) Aleksander Ceferin berkata:



"Mereka telah kembali ke pangkuan asal dan saya tahu mereka mampu memberi sumbangan mendalam bukan sahaja kepada pertandingan-pertandingan kami, malah sukan ini di Eropah.



"Paling penting, kita harus melangkah ke hadapan, membina semula perpaduan yang sebelum ini dinikmati."



Enam pasukan terbesar di England itu menyertai kumpulan yang turut disertai Atletico Madrid, Barcelona dan Real Madrid dari Sepanyol, serta AC Milan, Inter Milan dan Juventus dari Italy sebagai anggota pengasas ESL yang disasarkan menjadi pertandingan yang dijangka dimainkan di pertengahan minggu.



Rancangan itu dikutuk penyokong, penguasa bola sepak dan pemerintah di Britain dan di serata Eropah, serta oleh Uefa dan Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa).



Sekitar 700 penyokong Leeds dan Liverpool berhimpun di Elland Road semasa perlawanan antara kededua kelab itu untuk membantah ESL



Semalam, lagi 1,000 penyokong pula berhimpun di luar Stamford Bridge semasa perlawanan antara Chelsea dengan Brighton. Beberapa pemain dari kelab-kelab terlibat juga telah menyuarakan keprihatinan mereka.



Beberapa pemain utama di kelab-kelab yang terlibat juga telah memberi respons.



Kapten Liverpool Jordan Henderson berkata pasukannya tidak mahu ESL menjadi nyata.



"Kami tidak menyukainya dan kami tidak ingin ia berlaku," kata Henderson di sosial media, dengan pesanan yang sama dikongsi oleh ramai rakan sepasukannya.



Pemain City Raheem Sterling pula mengucapkan selamat tinggal kepada ESL.



Awal dari itu, Uefa telah mencadangkan Liga Juara-Juara Eropah baru yang menampilkan 36 pasukan untuk mengakhiri sokongan bagi ESL, dan cadangan itu telah diterima anggotanya awal minggu ini.



Namun, semasa mengumum pembentukan ESL, 12 kelab pengasas berkata pembaharuan kepada Liga Juara-Juara itu tidak mencukupi.



Presiden Real Madrid Florentino Perez, yang dinamakan sebagai pengerusi ESL berkata pertandingan itu dibentuk untuk menyelamatkan bola sepak yang kehilangan peminat kerana orang muda tidak berminat menyaksikan perlawanan yang kurang bermutu. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >