Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

7 pemain Singa bakal buat penampilan sulung dalam Piala Suzuki AFF

Nov 4, 2018 | 5:28 PM
JUARA EMPAT KALI: Singapura pernah menjadi juara empat kali dalam Piala Suzuki AFF, namun kali terakhir mereka bergelar juara adalah pada 2012.
JUARA EMPAT KALI: Singapura pernah menjadi juara empat kali dalam Piala Suzuki AFF, namun kali terakhir mereka bergelar juara adalah pada 2012. - Foto FAS

JURULATIH bola sepak negara sementara, Fandi Ahmad, akan memberi tujuh pemain peluang untuk membuat penampilan sulung dalam Piala Suzuki Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) yang akan bermula Khamis ini.

Mengumumkan barisan pemain dalam skuad nasional itu hari ini (4 November), Fandi mendedahkan bahawa tujuh pemain yang akan membuat penampilan sulung itu adalah Adam Swandi, Ikhsan Fandi, Iqbal Hussain, Irfan Fandi, Jacob Mahler, Nazrul Nazari dan Zulqarnaen Suzliman.

"Dengan pemain masing-masing berusaha keras bagi menyertai skuad ini, bukan mudah buat kami memilih 23 pemain untuk beraksi dalam perlawanan ini.

"Kami telah memilih sekumpulan pemain yang kami rasa dapat memaparkan kekuatan kami dengan sebaiknya," ujar Fandi.

Skuad Singa akan memulakan kempen mereka dalam Piala Suzuki AFF 2018 dengan perlawanan menentang Indonesia Jumaat ini di Stadium Negara.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg