Pasukan Perancis boleh berbangga bukan sahaja atas kejayaan muncul juara Piala Dunia Russia 2018, malah sebagai pasukan berbilang bangsa dan agama. Ini kerana pasukan Les Bleus - gelaran pasukan Perancis - yang menjadi juara selepas menumpaskan Croatia 4-2 dalam final pertandingan itu pada 15 Julai lalu di Stadium Luzhniki, Moscow, menampilkan 14 pemain yang berasal dari benua Afrika dan tujuh daripada mereka beragama Islam. Tidak hairanlah jika pasukan Perancis turut mendapat sokongan dari benua Afrika dan peminat Muslim. Ternyata perbezaan bangsa, keturunan, agama dan warna kulit tidak menjejas persefahaman dalam kalangan pemain Perancis apabila mereka mempamerkan permainan menarik untuk muncul juara. Dua tunggak utama pasukan itu, Paul Pogba dan N'golo Kante, beragama Islam dan beraksi dalam Liga Perdana England, masing-masing untuk Manchester United dan Chelsea. BERITA MINGGU menyenaraikan tujuh pemain pasukan Perancis yang beragama Islam.
PAUL POGBA Usia: 25 tahun Kelab: Manchester United (Liga Perdana England)
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg