Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

80 petinju sertai kejohanan nasional S'pura

Jan 13, 2023 | 5:30 AM
CARI YANG TERBAIK DAN BAKAT BARU: Kejohanan Nasional Persekutuan Tinju Singapura (SBF) 2023 berlangsung dari hari ini hingga Ahad di Dewan Sukan Bedok. - Foto FACEBOOK PERSEKUTUAN TINJU SINGAPURA
CARI YANG TERBAIK DAN BAKAT BARU: Kejohanan Nasional Persekutuan Tinju Singapura (SBF) 2023 berlangsung dari hari ini hingga Ahad di Dewan Sukan Bedok. - Foto FACEBOOK PERSEKUTUAN TINJU SINGAPURA -

SEKITAR 80 petinju bakal masuk gelanggang memaparkan kehebatan mereka sepanjang tiga hari dalam Kejohanan Nasional Persekutuan Tinju Singapura (SBF) 2023 yang bermula hari ini.

Kejohanan itu, yang diadakan di Dewan Sukan Bedok, menyaksikan 52 pertarungan merentasi empat kategori - Pembangunan Wanita, Elit Wanita, Pembangunan Lelaki dan Elit Lelaki.

Presiden SBF, Faisal Hussain, memberitahu Berita Harian pertandingan itu bertujuan mencungkil bakat baru dan terbaik bagi skuad nasional.

"Ia akan menjadi salah satu pertandingan terakhir yang digunakan untuk pemilihan petinju tahun ini. Kami juga akan mencari bakat daripada pertandingan ini untuk menyertai pasukan kebangsaan elit," katanya.

Petinju negara dijangka bersaing dalam Sukan SEA di Kemboja pada Mei, selain beberapa kejohanan antarabangsa.

Tiket untuk menyaksikan kejohanan itu boleh dibeli di gimnasium tinju atau di Dewan Sukan Bedok pada hari acara. Setiap tiket bagi setiap hari acara berharga $10. Tiada siaran langsung bagi semua pertarungan.

Petinju lelaki negara mengharumkan nama Singapura di seberang Tambak baru-baru ini. Mereka membawa pulang lima pingat - dua emas, satu perak dan tiga perak - daripada Kejohanan Tinju Antarabangsa Penang pada 27 hingga 31 Disember.

Emas dimenangi Hanurdeen Hamid (kelas Bantamweight) dan Velvan Tan (Welterweight).

Skuad itu di bawah bimbingan jurulatih Muhamad Ridhwan dan Khairul Anuar Hamid.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg