Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA EUROPA

9,500 boleh tengok final di stadium

Uefa: Hos Poland izin suku daripada 40,000 tempat duduk Stadium Gdansk diisi
May 05, 2021 | 05:30 AM



PARIS: Seramai 9,500 penonton akan dibenarkan menghadiri perlawanan akhir Liga Europa di bandar Gdansk di Poland lewat bulan ini, umum Uefa kelmarin selepas mendapat lampu hijau daripada pihak berkuasa tempatan.



Badan induk bola sepak Eropah itu berkata pegawai Poland bersetuju membenarkan 25 peratus daripada sekitar 40,000 tempat duduk di Stadium Gdansk diisi bagi perlawanan pada 26 Mei itu.



Perlawanan itu mungkin menyaksikan pertarungan antara kelab England.



Ini selepas Manchester United kian pasti mara ke peringkat akhir setelah membenam Roma 6-2 dalam perlawanan pertama pusingan separuh akhir minggu lalu.



Arsenal pula mempunyai kelebihan menjaringkan gol di padang lawan apabila menerima kunjungan Villarreal, yang menewaskan kelab England itu 2-1 dalam perlawanan pertama mereka.



Peminat dari luar Poland juga akan dibenarkan masuk, dengan Uefa mengatakan setiap finalis akan diperuntukkan 2,000 tiket. Sebanyak 2,000 akan dijual kepada masyarakat awam dan bakinya diedar kepada kumpulan lain, seperti rakan komersial Uefa, penyiar dan persatuan kebangsaan.



"Penyokong dari luar negara harus mematuhi sekatan dan syarat masuk sempadan yang akan diperkenal sewaktu pusingan akhir itu dan tiada pengecualian akan diberi kepada pemegang tiket," kata Uefa dalam satu kenyataan.



Ia menambah bahawa penyokong mungkin perlu memberi bukti vaksin atau ujian Covid-19 negatif untuk memasuki stadium.



Gdansk, terletak di Laut Baltik Poland dan hos Euro 2012, dijadualkan menganjurkan perlawanan akhir Liga Europa tahun lalu sebelum wabak Covid-19 melanda.



Pertandingan musim lalu akhirnta tamat dengan format '8 pasukan terakhir' di Jerman, dengan Sevilla mengalahkan Inter Milan di finl di Cologne, Jerman. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >