Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BINA BADAN

ABPS anjur kejuaraan nasional Dis

Dirancang sebagai pertandingan setempat terbesar dalam empat tahun, langkah seterusnya majukan bina badan
Oct 31, 2021 | 05:30 AM



SATU kejuaraan bina badan peringkat nasional besar-besaran sedang dirancang pada Disember ini untuk mencungkil bakat baru yang berpotensi mewakili negara sambil memajukan lagi sukan bina badan setempat.



Kejuaraan Nasional 2021 yang dijadual berlangsung pada 11 Disember ini di Downtown East itu adalah yang julung-julung kali diadakan dalam tempoh empat tahun sejak ia kali terakhir diadakan pada 2017.



Ia juga merupakan langkah lanjut yang dirancangkan Persatuan bagi Bina Badan dan Susuk Badan (Singapura) atau ABPS (Singapore) untuk memajukan dan mengembalikan kegemilangan sukan bina badan Singapura serta mendapat pengiktirafan daripada Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC).



"Kejuaraan ini bakal menjadi pertandingan bina badan pertama dan terbesar yang dirancang dalam tempoh empat tahun.



"Kami meletakkan sasaran menyaksikan penyertaan sekitar 100 atlet yang akan bertanding dalam sembilan kategori bina badan dan susuk badan cantik bagi kededua lelaki dan wanita.



"Bilangan kategori yang akan dipertandingkan kelak bergantung pada jumlah penyertaaan," kata jurulatih nasional, Dollah Ja'afar, kepada Berita Harian.



Menurut beliau, kali terakhir kejuaraan peringkat nasional diadakan adalah pada 2017.



"Sebenarnya, kami merancang mengadakan kejuaraan ini lebih awal, sebanyak dua kali, pada tahun lalu dan awal tahun ini, tetapi ia terpaksa ditangguhkan ekoran Covid- 19 dan langkah serta peraturan ketat untuk mengawal penularan pandemik.



"Kini, selepas terdapat kelonggaran dalam aturan mengadakan acara dan pertandingan sukan, kami melahirkan harapan Kejuaraan Nasional 2021 yang kami rancangkan pada Disember ini akan mendapat sambutan," tambah Dollah.



Beliau, 65 tahun, yang pernah menjuarai kategori Masters Usia 60 Ke Atas dalam Kejohanan Asian di Seoul, Korea Selatan; dan Kejohanan Sedunia di Pattaya, Thailand, pada 2016, serta juara kategori Masters Usia 60 Ke Atas dalam Kejohanan Sedunia WBPF Kesembilan di Mongolia pada 2017, melahirkan harapan atlet dan penggiat sukan bidan badan dan susuk badan cantik setempat akan tampil beramai-ramai untuk memeriahkan kejuaraan nasional tahun ini.



"Saya berharap ramai dalam kalangan mereka ini akan tampil untuk meneroka cabaran dan peluang bertanding dalam kejuaraan nasional.



"Hadiah dan insentifnya juga menarik. ABPS menyediakan hadiah wang tunai, gelaran juara Singapura dan peluang mewakili negara dalam pertandingan antarabangsa pada masa depan," ujar Dollah.



Menurut beliau lagi, sejak pendaftaran bagi menyertai kejuaraan itu dibuka sekitar empat minggu lalu, lebih 40 peserta telah tampil mendaftarkan diri.



Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 7 November ini.



Penganjuran kejuaraan itu, tambah Dollah, adalah untuk membuktikan tekad ABPS memajukan sukan bina badan dan usahanya bekerjasama dan mendapatkan pengiktirafan SNOC.



ABPS telah membuat permohonan kepada SNOC untuk diiktiraf sebagai sebuah persekutuan sukan nasional (NSA) pada awal tahun lalu bagi membolehkannya mengumpul dan melatih atlet bina badan serta membangunkan semula sukan itu.



Ia juga bagi membolehkan ABPS membawa atlet mewakili negara menyertai pertandingan dan temasya utama seperti Sukan SEA, Kejohanan Asia dan Kejohanan Dunia."



Permohonan ABPS sebagai sebuah persatuan diluluskan oleh Pendaftar Persatuan-Persatuan (ROS) pada 7 Januari 2020.



SNOC, sebagai respons kepada pertanyaan Berita Harian tahun lalu, berkata "kami telah menerima permohonan mereka dan sedang menimbangkannya".



Sebagai langkah susulan selepas membuat permohonan kepada SNOC, ABPS telah mengadakan sesi saringan bagi pemilihan skuad nasional pada April lalu, yang mendapat sambutan menggalakkan.



Pada Ogos lalu, ia turut menerapkan empat karyawan dalam jawatankuasa pengurusannya untuk mempertingkat mutu kepimpinan persatuan itu.



Maklumat lanjut mengenai Kejuaraan Nasional 2021 boleh didapatkan dengan menghubungi Allan Ng menerusi WhatsApp di talian 9455-1022.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >